Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Saturday, April 4, 2009

Kegalakan diteruskan...

Yeah, aku semakin galak. Dah lama tak menggalakkan diri melakukan aktiviti laghah tahap kronik. Hari ini, berulang kembali aktiviti yang sungguh menggalakkan diri aku.

Kalau kamu kamu mengikuti perkembangan aktiviti laghah aku pada artikel artikel yang lepas, aku telah pun menghuraikan antara aktiviti aktiviti lasak yang telah aku sertai bersama beberapa orang rakan/teman.

Bowling:
Yeah, antara aktiviti yang mungkin aku akan sematkan dalam kalendar hidup aku sebagai satu aktiviti tradisi yang harus dilakukan sekurang kurangnya sebulan sekali dan sebanyak banyaknya adalah seminggu sekali (tapi tak mungkin setiap hari - pokai lah aku kalau macam nih selalu..heh).
Di bawah, aku selitkan beberapa detik nostalgia semasa melakukan aktiviti ini dengan disertai oleh dua orang anggota baru (heh, kaklong kena lah selalu join kalau nak jadi ahli jawatankuasa..heh).

Ini ialah encik Sharir (bukan nama sebenar), antara ahli jawatankuasa tertinggi aktiviti berboling

Ini ialah encik Rudy (memang nama dia cuma bukan nama sebenar - entahlah) yang baru sahaja menganggotai aktiviti ini. Mungkin beliao sedang memikirkan kerelevanan aktiviti yang disertai beliau ini. Hmmm...pikir..pikirr...extra: encik Rudy nih, kalo korang nak tau muka dia macamana, korang tgk muka Shah Rukh Khan...sebijik muka dia...kira dia nih Shah Rukh Khan Malaysia la...tapi beliao tak suka dipanggil SRK..hahaha..

Hari ini encik Sharir agak MANTOP dengan persembahan bolingnya. Agak banyak juga beliau buat STRIKE...

Hehe...inilah kaklong cik Ehem (bukan nama sebenar - kalau nak tahu nama sebenar beliau, sila PM aku...tengs). Sedang merancang/berpikir macamana nak baling bola tersebut. Baling ke kanan masuk longkang, baling ke kiri masuk parit. Apa kata kaklong baling je ke belakang, sebab kt belakang tu takda longkang. Heh..teruskan berlatih...moga markah kita taklah se'kosong' mana..hehe

Sila ambil perhatian pada arrow merah di atas. Siapa punya result agaknya? hmmm...

Anjung Warisan:
Yeah, tidak dilupakan juga aktiviti ini iaitu mengenyangkan temolok dengan menghadap hidangan di Anjung Warisan. Wah..wah..sejak dah tahu jalan ke sana, asyik nak ke sana je. Rasanya, AW nih antara yang popular kot kat Johor nih. Entahlah, selagi berduit/berkemampuan, boleh aje melayan makan makan di sini.

Karaoke:
Erm..aktiviti yang tidak asing lagi. Dah lama tak melalak puas puas. Akhirnya terlerai sudah ke'gian'an untuk melalak mengikut hawa nafsu. Yeah, hari ini kegalakan melalak diteruskan dengan 15 buah lagu. Tidak syak lagi, aku semakin galak dan semakin tak betol kerana sanggup melayan 15 buah lagu.
cik Ehem nih malu malu plak disuruh menyanyi..ewah...kalau sumbang pun bukan orang lain tahu..kita kita je..paling koman pon reader/visitor of this blog je..

Hoh, gambar ini bukanlah satu kontroversi. Hanya sebuah ilusi. Harap diamati. Terima kasih

Yeah, itu dia...nyanyi jugak kaklong yer...lagu apa nih? Rano Karno ke? Eh, bukan...lagu Bila Cinta di Dusta kot..bukanlah, Biarlah Bulan Bicara nyanyian Akon...upppss...Broery..maafkan keterlanjuran saya...hahahaha

Wah, sekali dah dapat microphone, dah tak ingat kiri kanan..hehe...teruskan..


Apa apa pun, aktiviti pada hari ini sangat awesome seperti aktiviti aktiviti yang lalu walaupun pada mulanya aku agak tak ada mood untuk meneruskan aktiviti seperti ini kerana pada hari ini aku memulakan hari cuti hujung minggu aku dengan BEKERJA! Arggghhh...nasib baik aku cabut awal. Terima kasih kepada Kak Gie dan Cik Imah (bakal bergelar PUAN) kerana sudi meng'cover' aku. Heh...

Hari ini juga aku berjaya menghasut dua orang untuk bersama aku serta seorang member aku si Sharir (bukan nama sebenar - tapi kata dia nama dia Sharir, aku pun konpius). Selamat berkenalan kepada Cik Ehem (bukan nama sebenar - kalau letak nama sebenar pun bukan orang kenal, lainlah kalau cik Siti Perigi yang baca..jangan marah aaa..) dan selamat datang kepada encik Rudy (memang nama dia) kerana berjaya menyertai aktiviti laghah aku bersama rakan rakan. Harap jangan menyesal menyertai kami.

Terima kasih encik Sharir kerana memperkenalkan cik Ehem. Heh, sori la kalao saya kurang berbual ye. Segan borak borak dengan perempuan. Almaklomlah, saya nih kuat mencarot..nak borak dengan perempuan kenalah sopan santun..hahaha...ye ke? sama je...
Salam perkenalan ye cik Ehem..rajin rajinlah singgah sini..bagi komen/ketidakpuasan hati pon ok je..

Whatever it is, today is an awesome day~

pengkaki: heh, lain kali boleh kita buat lagi aktiviti macam nih ye...Cik Siti Perigi nak join? Tak boleh kot sebab nih aktiviti untuk perigi cari timba je...Timba cari perigi takda..belum diwujudkan lagi..lain kali ye... pengkaki kaki: kaklong lain kali jangan malu malu...kitorang sempoi je, nyanyi sumbang macam mana pun bukan orang lain tau..kita kita je..heh...


Hafiz

2 ketidak-puasan-hati:

aziemahanis said...

kalau saya diberi kesempatan saya akan menyanyi lagu "salam untuk kekasih" dari Nadia

AkuSiMisteri said...

hoh...pulak..