Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Sunday, April 5, 2009

Wajah Baru Tapi Serupa

Akhirnya!

Yeah, akhirnya aku selesai memodifikasi atau lebih tepat, mengubah banner bagi blog ini. Hoh, penat aku memerah keringat otak aku yang sedia ada membeku. Akhirnya, banner di atas adalah hasilnya.

Konsep:
Kalau kamu kamu perasan, aku telah mengubah tagline blog ini daripada 'Hitam Putih Kehidupan.. - WARNA KEHIDUPAN' kepada 'Kecelaruan Jiwa Yang Kacau Bilau - ..jiwa yang tenang jadi kacau hingga bilau..' Konsep blog ini masih sama iaitu suara hati dan kehidupan aku secara peribadi. Cuma tagline nya sahaja yang berbeza.

Maskot:
Dalam pembaharuan ini juga, aku ingin memperkenalkan maskot blog aku ini sebagaimana kamu kamu dapat lihat di penjuru kanan-bawah laman blog ini. Siapa maskot ini? Aku pon tak tahu. Mungkin juga sedikit karikatur lakaran wajah aku yang sememangnya tak hensem tetapi penuh dengan kemisterian.
Kalau kamu kamu masih perasan, sebelum ini, aku menggunakan maskot lain iaitu lakaran si kacak menunjukkan 'peace'. Lakaran tersebut adalah lakaran lukisan aku sekitar 2 tahun lalu semasa menyiapkan projek akhir. Sekadar satu percubaan meletakkan si kacak dalam blog ini dan digantikan dengan maskot yang lain yang baru sahaja aku selesai melukisnya sekitar jam 2 petang tadi.

So, selamat datang ke laman blog HAFIZNOR.BLOGSPOT.COM yang berwajah baru dengan tagline Kecelaruan Jiwa yang Kacau Bilau.

Terima kasih atas sokongan anda!



pengkaki: berejam jugaklah aku mengadap PC nak setelkan benda nih. Akhirnya SIAP!


Hafiz

0 ketidak-puasan-hati: