Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Monday, April 27, 2009

Lupa Update: Selangor vs Kelantan

vs
Sabtu lepas, Selangor telah membenam Kelantan dengan sepakan penalti 4-1 setelah terikat 1-1 pada masa tambahan yang pertama.

Haha..aku lupa update..siot betol..suma gara-gara Dragon Ball..

Aku tak tengok pon keseluruhan permainan cuma pada minit ke-80 baru aku tengok. Punca aku tengok pon sebab aku terperasan kat stadium tuh ramai penonton. Dalam benak aku berkata tanpa dipaksa, "huh, mesti best nih. Layan kejap". Sekali dah layan, terus tak ingat nak sudah. Sampai ke sepakan penalti terakhir aku tengok Selangor vs Kelantan.

Sayang, kalau pakcik aku ada lagi main untuk Selangor, mesti dari sepak mula aku dah tengok. Tapi sekarang beliau telah berhijrah ke pasukan Felda FC. Huh, defend paling baran tuh.

Sepanjang hampir sejam aku menonton (start minit ke-80 hingga penalti terakhir), aku rasa pertembungan untuk piala FA ni sangat menarik. Antaranya;
1. Stadium menjadi penuh - sebelum nih, kosong je tempat duduk
2. Pergeselan kepala botak antara Khairul Anuar dengan Inderaputra
3. Dah lama tak tengok LIVE perlawanan bola sepak Malaysia
4. dll

huh, betol! Dah lama tak tengok bola sepak Malaysia, sebab pemainnya main macam cipan tak macam Bundes Liga, EPL dll liga di peringkat antarabangsa.

Anyway, sungguh awesome perlawanan malam tersebut!


notakaki: aku tengok bola malam tuh pon sebab bosan asyik ngadap Dragon Ball je..

FAKTA: aku bukanlah seorang fanatik dalam bola sepak Malaysia. Entah macamana malam tuh boleh terjebak!


0 ketidak-puasan-hati: