Isk...mungkin suatu kebetulan, atau qada' dan qadar kehidupan aku ketika ini. Beberapa minggu lepas, aku ada bermimpi memotong kuku kaki. Kebetulan, beberapa hari sebelumnya, aku ada mendownload e-book berkaitan tafsiran mimpi:
Nak dijadikan cerita, aku try la usha mana la tau kot kot ada cerita pasal mimpi aku. Ya, ada satu tafsiran tentang mimpi aku iaitu: akan terjadi kerugian kewangan pada diri anda.
Betul - mungkin betul, sebab pagi tadi aku semak saman...tadaaaa....ada saman atas nama aku. Ya, banyak juga jumlahnya...cikai...terbang lagi duit aku...siot betol pak polisi!
Cipan betol!
Susah aku nak katakan tentang situasi aku sekarang nih. Betul atau sekadar kebetulan saja tafsiran mimpi tersebut..hmmm...yang penting percaya pada Qada' dan Qadar.
notakaki: duit baru nak berbukit, dah kena tarah jadi rata...hampeh punya pak polisi...snap la gambar keta orang lain, snap gambar keta aku buat apa...???
FAKTA: ketika kejadian, aku hanya memandu dalam lingkungan 80 - 90km/j je - aku masih ingat lagi!..tak ler laju mana...sj je nak kebas duit aku!
0 ketidak-puasan-hati:
Post a Comment