Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Sunday, April 19, 2009

Gua tak paham

Kenapa? Kenapa seorang awek sampai menangis baca apa yang gua post dalam blog gua? Gua sungguh hairan...

Kenapa? Apa punca kamu menangis? Apa ayat yang menyebabkan hati kamu sangat sakit?

Mungkin gua tak sedar atau gua memang buat buat tak sedar - tapi rasanya gua saja berlagak tak sedar..

Kamu suka pada budak lelaki itu? Kenapa kamu tak berterus terang saja? Kenapa kamu menangis baca perbualan gua dgn budak tersebut? Kamu sakit hati kerana budak itu punya awek lain? Atau kamu menangis kerana kamu umpama barang yang diberi dari satu tangan ke tangan yang lain?

Entah...serius gua tak tahu...

Secara terus terang di sini, gua memang takda nawaitu nak berkapel dengan sesapa kerana gua akan lebih menumpukan kerjaya gua untuk dua-tiga tahun ini...disamping itu, gua juga kena membelai awek putih gua yang sungguh cool, comel dan laju!

Gua belum ada masa nak melayan sebarang perasaan tangkap leleh daripada mana mana awek. So, perbualan antara gua dengan budak tersebut adalah real! Gua memang tak nak pada sesapa dan gua juga telah beri amaran keras kepada budak tersebut namun kedegilan nawaitu beliau yang mahu mengenalkan gua kepada seseorang awek sungguh tinggi. Gua tak boleh buat apa lah kan..Nak dipukul, kang gua kena tangkap plak dengan bapak beliau kerana bapak beliau adalah mata mata...

Arrrgghhh...gua tensen...kerana semua itu, gua terpaksa melayan ego gua untuk membuka blog baru daripada meneruskan blog lama gua...lupa? yeah...blog yang menjadi konflik tanpa sengketa..tak paham? Paham paham sendiri sudah!


notakaki: gua rasa sangat bebas dengan blog baru ini!!! BEBAS!!!

0 ketidak-puasan-hati: