Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Monday, March 23, 2009

Petir - Kilat - Halilintar - Guruh

Petang ini cuaca hujan lebat di sekitar Skudai. Hoh, ketika enak melepak sambil ponteng kerja di Mak Jah Corner, hujan turun dengan sangat lebat sehingga mencetuskan fenomena ponteng kerja sehingga tamat kerja dalam kepala hotak aku.

Lantas, dalam hujan lebat itu, tersulam juga petir atau kilat atau guruh atau halilintar yang sangat dahsyat bunyinya saling berganti dari satu dentuman dengan satu dentuman yang mana kamu kamu bisa hangus tanpa meninggalkan sebarang sisa selain tulang yang takkan luput (apa namanya entah) sekiranya kamu disambar petir tersebut atau kamu sendiri yang cari pasal untuk disambar oleh petir.

Jadi, silalah baca tentang petir seperti di bawah:

Punca fenomena petir menjadi titik tengah spekulasi dan penyelidikan saintifik selama berabad-abad lamanya. Teori terawal yang pernah dicatat dipercayai diolah oleh ahli falsafah Yunani bernama Aristotle pada abad ke-3, manakala suatu kepercayaan awal mengatakan bahawa petir dihasilkan oleh pertembungan awan. Kemudiannya, baru bermacam-macam lagi teori yang dicadangkan. Menjelang petengahan abad ke-19, teori bahawa kilat menghasilkan vakum diterima umum. Pada abad ke-20, timbulnya satu ijmak bahawa petir harus bermula dengan gelombang kejutan di udara akibat pengembangan haba plasma secara mendadak dalam arus kilat. Dalam masa kurang sesaat, udara dipanaskan kepada suhu hampir 28,000 °C (50,000 °F). Pemanasan inilah yang menyebabkan udara mengembang ke luar lalu bertembung dengan udara sejuk di sekelilingya pada kelajuan mengatasi bunyi dalam udara sejuk itu. Denyut yang bergerak ke arah luar itu menghasilkan gelombang kejutan, serupa prinsipnya dengan gelombang kejutan yang dihasilkan letupan, atau di hadapan pesawat supersonik.

Baru-baru ini, ijmak tersebut telah dihakis oleh pemerhatian yang menyukat tekanan lampau dalam simulasi kilat lebih besar berbanding apa yang dapat tercapai oleh jumlah pemanasan yang didapati. Pemerhatian alternatif ini bergantung pada kesan elektrodinamik tindakan arus yang besar terhadap plasma dalam panahan kilat.

So, moral of the story:

Tunggu sampai hujan reda dan tiada petir berlegar legar di angkasa yang boleh menyebabkan kamu kamu menghadap yang Maha Esa sebelum sempat bertaubat - mungkin.

pengkaki: petir pada hari ini sangat dahsyat - kecut jadinya.

Hafiz

0 ketidak-puasan-hati: