Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Monday, March 23, 2009

Spontan

Spontan adalah tindakan yang tidak dibuat buat dengan sengaja kerana spontan adalah satu tindakan/perbuatan/pertuturan yang tidak dirancang atau dijangka.

Semasa sedang asyik menghirup segelas Nescafe O yang aku mintak suam tapi diberi panas di sebuah restoran bersama seorang member, aku dilemparkan dengan sebuah cerita yang pada aku semasa mendengarnya boleh diklasifikasikan sebagai lawak, kelakar dan lucu tapi bukan lucah!

Berikutan pada petang tadi hujan turun dengan lebatnya disertai oleh petir/kilat/guruh/halilintar, maka terjadilah sebuah bahan lawak yang menyebabkan aku membazer beberapa titisan air nescafe di dalam mulut kerana tak tahan nak gelak - aku sembur keluar air tersebut.

Ceritanya begini, semasa sedang hujan lebat di sekitar Taman Baiduri (area Taman Perling) dengan dentuman petir, maka datanglah seorang makhluk nih dengan tak pasal pasal telah men'snap' gambar di dalam opis. Berbekalkan sebuah kamera (mungkin juga handphone) yang menggunakan mode flash, maka si makhluk tadi pun menangkap sebuah gambar. Dan pancaran flash daripada kamera tersebut - mungkin juga handphone telah menyebabkan seorang minah telah dengan spontannya....(aku tengah gelak jap) beristighfar panjang dengan suara yang LANTANG! Bayangkan, minah tersebut ingat kilat memancar di dalam opis! HAHAHAHAHA...-aku tengah gelak...

Maka, mengekeklah semua insan di dalam opis tersebut menggelakkan gelagat minah tadi yang spontan kerana takut petir menyambar beliau (untuk rekod minah nih belum kawen lagi - takut mati awal ke kak? heh)

So, spontan nih kalau kena dengan tingkah laku/pertuturan yang lucu tapi bukan lucah (kadang-kadang lucah juga yang terpacul dari mulut) amatlah kelakar.

Elak-elakkanlah...banyak banyak istighfar yer. Jangan mudah melatah.


Ok, chill..



pengkaki: kepada kaklong yang terasa, kamu sangat lucu lah...


Hafiz

0 ketidak-puasan-hati: