akhirnya, tamat sudah pengajian aku dalam kursus Teknologi Maklumat untuk mendapatkan segulung diploma. dengan berakhirnya pengajian ini, maka berpisah sudah aku dengan kawan-kawan yang lain yang pastinya meninggalkan seribu kemanisan kenangan yang takkan aku lupakan (insyaallah). dengan berat hati aku melepaskan semua kawan-kawan yang aku kenal tiga tahun lalu. namun begitu, kenangan bersama tetap aku pahatkan dan dapat dirakamkan dalam majlis akhir dan perpisahan kursus Diploma Teknologi Maklumat, Politeknik Johor Bahru di Hotel Selesa Pasir Gudang pada 12 Disember 2007 yang lalu.
kegembiraan nyata terpancar di setiap wajah pelajar-pelajar DIT dan pastinya pada akhir jamuan menitislah air mata perpisahan yang berpanjangan. bermulalah detik baru dalam hidup setiap orang yang akan meneruskan kehidupan yang seterusnya samada meneruskan pengajian atau bekerja.
dan pada malam akhir itu jugalah, identiti sebenar aku yang ditakuti oleh kebanyakan pelajar perempuan kelas aku terbongkar. ternyata sangkaan mereka tersasar dan benar-benar dapat mengenali identiti aku sebenar yang sering disalah ertikan.
begitu terasa kehilangan seorang demi seorang yang kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dan mungkin takkan dapat bertemu kembali. hanya ALLAH jua yang mengetahui segalanya.
aku mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sehingga hujung nyawa aku kepada semua kawan-kawan. halalkan apa jua yang pernah aku termakan, minum dan ilmu yang disampaikan. moga persahabatan dan perkenalan kita akan kekal walau kita jauh di mata, namun tetap terpahat dalam hati aku. hanya foto-foto kalian penawar kerinduan aku.
semoga kalian berjaya dalam apa jua yang dicitakan dan berbahagialah kalian dalam hidup di dunia wal akhirat.
majlis jamuan akhir dan perpisahan
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT
Sesi 2005-2007
Politeknik Johor Bahru
berikut adalah kenangan yang sempat dirakam dan aku suakan untuk tatapan bersama...
VENUE and WARDROBE





WAJAH-WAJAH






AKTIVITI



1. Pelajar paling pendiam: - Hidayah Kaliwon
2. Pelajar paling huru-hara: - Hairi Bujang
3. Pelajar paling kelakar: - Maisarah
4. Pelajar paling ceria: - Norerniyanti Baharom
5. Pelajar paling skema: - Noridayu Mohd Shah
6. Pelajar paling berani @ membosankan: - Hafiz Nor
7. Pelajar paling sempoi @ poyo: - Fazli Salleh
8. Pelajar paling bergaya: - Afiq Aziz



KENANGAN MENGUSIK JIWA




KENANGAN SELAMANYA DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT sesi 2005-2007 (terakhir) POLITEKNIK JOHOR BAHRU
Pelajar-pelajar DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT sesi 2005-2007 Politeknik Johor Bahru.
kalian sentiasa di hatiku.!

semoga kita bertemu lagi...
Andai ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Andai ada umur yang panjang
Pasti kita bertemu lagi...
JUMPA KALIAN SEMUA DI MAJLIS KONVOKESYEN KELAK!
best regards;
theMysterious
(HAFIZNOR)
0 ketidak-puasan-hati:
Post a Comment