Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Tuesday, April 13, 2010

Mengguris

Ada dua kesah gua nak story di sini.. perihal apa yang berlaku untuk hari ini sahaja..

Tajuk-nya mudah dan ringkas, 'mengguris'.. banyak definisi mengguris nih. Gua nak definisi-kan sebagai 'melukai perasaan'..

Situasi pertama yang memberikan senario mengguris jiwa gua..
Arakian, tengahari tadi gua melepak di 'warung' di dalam bangunan pejabat gua bersama rakan-rakan; pegawai, juruteknik, vendor dan lain-lain. Dalam enak bercerita, seorang pegawai muda membuka soalan kepada gua; "Ko belum kawen lagi ke??? Ada orang kata ko dah kawen..."

Gila punya statement.. adakah gua nampak seperti seorang bapa atau suami?? Sungguh tidak relevan. Saban hari gua menatap cermin mengatakan bahawa muka gua nih babyface yang tidak dipunyai oleh orang-orang yang sebaya dengan gua. Dan untuk rekod, pegawai muda yang bertanya kepada gua adalah sebaya dengan gua, tetapi dari riak wajahnya memang menunjukkan usia yang sebenar.. Adakah gua terlalu tua di mata masyarakat..?

Dari persoalan tersebut, dapat gua simpulkan kenapa gua masih lagi membujang.. maksud gua, gua masih tiada awek dan  sungguh susah gua nak mendekati seseorang awek. Dan gua agak yakin, persepsi pegawai muda tersebut barangkali sama sebagaimana persepsi awek-awek lain.. prasangka bahawa gua sudah berkahwin!

Okeh.. itu adalah peristiwa 'mengguris' yang pertama. Jom beralih ke peristiwa kedua..

Dijadikan cerita, gua ditugaskan untuk menyemak satu aduan berkaitan rangkaian (network) di bangunan pentadbiran. Bila gua sampai di sana, gua berjumpa dengan seorang kakitangan yang gua memang dah kenal. Kami berborak sambil gua bertanyakan tentang aduan yang diadukan kepada pegawai atasan gua. Dan masalahnya dikenalpasti iaitu bukan-lah datang daripada masalah network, sebaliknya server webmail bermasalah.

Jadi, member yang gua kenal tadi bertanya kepada 'orang tua' yang membuat aduan.. "Encik M**l, encik ada buat report network ke? Nih ada orang CICT datang nih.."
Nak tau apa jawab si orang tua?? "Apesal u yang tanya?? Kenapa diorang tak tanya..??" dengan nada bongkak sambil misai tebalnya bergoyang-goyang di bawah hidung tingginya..

Untuk rekod lagi, gua datang ke sana atas arahan pegawai atasan gua untuk 'tengok' masalah yang diadukan tanpa mengetahui siapa pengadunya. Jadi, adakah salah gua jika gua tidak bertanya terus kepada si orang tua kerana gua memang tak tau jika dia yang membuat aduan. Dan adakah salah si member tadi bertanyakan kepada si orang tua tentang apa yang diadukannya? Perlukah si orang tua menjawab sedemikian yang pada gua agak memalukan si member tadi di hadapan khalayak, seolah-olah si member tiada maruah?? Macam haram punya perangai..

Jadi, pada gua, peristiwa kedua itu mengguris bukan sahaja si member, tetapi juga gua yang bengang dengan tindak tanduk si orang tua. Dahlah tak paham soalan gua. Lain gua tanya, lain pulak dijawabnya macam dah pandai sangat. Padahal jawapan dia sangat lari daripada soalan gua. Huh.. bodoh punya keldai!

Mengguris.. dua peristiwa mengguris untuk hari ini sahaja.

Sekian cerita saya..

1 ketidak-puasan-hati:

Si Jukogyu said...

sangat kerek org tua itu..