Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Thursday, April 22, 2010

Bila di atas, jangan mendongak

"Aikk..? Dah turun 17 ke?" kata seseorang kepada gua tatkala gua bersama senior-senior gua datang 'melawat' tapak (untuk buat servis).
"Apesal? 29 dah tak boleh buat kerja-kerja 17 ke?" gua bidas kata-katanya.

Brader, tinggi mana pon awak terbang, jangan pulak tak tengok bawah. Gua tak kesah pangkat semua. Gua jugak tak kesah nak buat kerja-kerja pangkat bawahan sebab gua pon asalnya dari bawah. Apasalahnya kalao kita pangkat tinggi tolong-menolong buat kerja-kerja yang bukan skop kerja kita? Gua rasa tak salah.. lagipon, gua cukup selesa buat kerja tuh.

Dalam unit gua, pegawai-pegawai (bos) gua langsung tak kesah buat kerja bawah. Bawak tangga, turun padang, masok bilik-bilik server yang bersawang, berhabuk. Gua tabik dengan attitude pegawai-pegawai gua. Tak ramai pegawai yang sanggup buat sebagaimana pegawai-pegawai gua buat. Mungkin mereka juga berlatar belakang dari bawah. Mungkinnn...

Jadi, pada gua, tak salah gua nak mencontohi teladan mereka. Tak tau la gua kalao lu brader dapat jawatan yang lu sangat idamkan nih, terus lu berubah.. langsung taknak sentuh kerja-kerja orang bawahan lu..

Secara jujur, gua memang tak kesah buat kerja-kerja tuh semua. Tak kesah dengan pangkat, yang penting kita gembira dan selesa dengan kerja dan suasana kerja kita.

Akhir sekali, gua memang dah agak 'ayat-ayat' perli dari brader tersebut sebab beliao memang ber-ia nakkan jawatan gua sekarang.. Rezeki masing-masing bro.. mungkin ini rezeki gua, rezeki lu pulak mungkin lebih baik daripada gua.. itu semua perancangan ALLAH. Terima dan redha, okeh..

1 ketidak-puasan-hati:

Si Jukogyu said...

hmm...ramai yg mudah lupe asal usul..wahh tetibe kan...

ye tak salah pon buat keje2 bawahan walopon kite org atasan..yg penting hepi sudah..:)