Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Saturday, March 6, 2010

Masih ada yang belum tercapai

ALLAH Taala Maha Pemurah.

Gua suka menyebut nama ALLAH Taala dalam posting gua kebelakangan ini, kerana ALLAH Taala adalah tuhan yang gua sembah. ALLAH Taala Maha Besar, dan atas kurniaan-Nya, gua juga mampu menaip, dapat ilham dan sebagainya, semuanya kerana ALLAH Taala.

Kebelakangan ini, gua merasakan ALLAH Taala banyak memakbulkan permintaan/doa gua. Macam-macam perkara berlaku dengan pantas dan yang baik-baik saja kebelakangan setahun-dua ini.

Apa lagi yang tak tercapai oleh keinginan gua? Kerja? Kereta? itu antara permintaan/doa yang dimakbulkan oleh ALLAH Taala. Sejak 2008 lagi gua dah mula bekerja. Sejak 2008 lagi gua dah ber-kereta. Sepanjang 2009, gua sangat gembira dengan pelbagai hal termasuk suasana kerja. ALLAH Taala Maha Pemurah. Yang baik-baik sahaja dikurniakan kepada gua.

Apa yang belum gua dapat? Rumah.. Jodoh.. pun begitu, kebelakangan ini ALLAH Taala memberikan petanda/petunjuk kepada gua dan membuka peluang kepada gua untuk gua mencapai kedua-dua benda tersebut. Kerjaya gua semakin meningkat, INSYAALLAH dengan usaha dan tawakal kepada ALLAH Taala, mungkin gua dapat merealisasikan impian gua untuk membeli sebuah rumah. Dapat juga meneduh dari panas-hujan untuk kedua mak-ayah gua. Ini antara impian yang betul-betul gua harapkan sangat dapat dalam masa terdekat supaya bila-mana ayah gua pencen kelak, kami sudah ada tempat berteduh (ayah gua ada sebuah rumah di Kluang tapi mak gua macam takmo duduk sana, nak duduk sekitar JB je katanya). Gua pon bersyukur kalao dapat mak-ayah gua duduk dekat-dekat dengan gua, dapat jugak gua tengok-tengok-kan sakit pening mereka.

Jodoh? ALHAMDULILLAH.. gua sedang berusaha, INSYAALLAH atas perkenan yang Maha Esa, jodoh itu tak kemana. Gua sedang berusaha berta'aruf dengan seseorang walaupun nampaknya semacam gua bertepuk sebelah tangan. Tak apa, kalau bukan jodoh gua. Gua yakin ALLAH Taala punya perancangan untuk perjalanan kehidupan gua.

Apapun, ALLAH Taala telah mengurniakan limpahan rahmat dan rezeki kepada gua sekeluarga. Gua amat bersyukur. Bermacam permohonan/doa telah dimakbulkan. Syukran Ya ALLAH. ALHAMDULILLAH.. terima kasih..

Semoga kamu juga sentiasa ingat dan tidak lupa untuk bersyukur kepada ALLAH. Sentiasalah berharap kepada-Nya, jangan berputus harap! Sekiranya apa yang dipohon/doa belum kunjung tiba, mungkin ada yang lebih baik yang direncanakan ALLAH untuk kamu. Sentiasa ingat dan bersyukur.. ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wallahualam..

0 ketidak-puasan-hati: