Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Sunday, March 7, 2010

Lagak Ustaz

Ada sesetengah kenalan gua menganggap gua seperti seorang ustaz. Hanya berbekal-kan bermacam madah nasihat dalam status di Facebook, gua dah di-cop ala-ala ustaz.

HALLO makcik! Hoi pakcik! Takkan dengan memberi nasihat bagai dah jadik ustaz? Ataupun, takkan-lah ustaz je yang boleh bermadah islamik memberi nasihat? Gua pon pelik..

Gua manusia biasa macam kamu kamu jugak. Ilmu agama pon tak setinggi mana, gua masih belajar. Bukan nak kata gua nih alim, tapi dah ada yang melabel gua sebagai terlalu 'taksub'. Hotak kau! Adakah orang yang mempelajari agama, Quran, hadis dan sebagainya adalah orang yang taksub atau terpesong? Memang gua taksub! Gua taksub pada Islam! Gua takot seksaan ALLAH Taala. Gua tak tau-lah kalao lu orang macamana pulak..

Gua pernah bermimpi, dalam mimpi itu, gua masuk ke sebuah tempat yang kelilingnya adalah berpalang besi macam kat penjara. Suasananya kelam dan ada iras-iras macam dalam gua. Di dalam tempat tersebut, gua terlihat beberapa makhluk berpakaian serba putih, tetapi kotor/hodoh. Terdapat juga sebuah ruang di dalam kandang besi tersebut dan ber-sila-nya seseorang seperti sedang berwirid dengan berpakaian serba putih. Makhluk lain yang berpakaian putih macam keletihan, kepenatan dan dalam penyesalan. Gua tak pasti apa maksud mimpi gua itu. Tapi, ia semacam suatu petanda kurang baik. Gua jadi takut.. serius.. gua TAKUT!

Jadi, apa yang kamu dapat faham dengan situasi mimpi gua? Gua berasakan seolah gua masuk ke alam barzakh melihat makhluk-makhluk yang diseksa atas kesalahan mereka.. Serius..

Tak mengapa-lah kalau kamu dah kata gua taksub. Tapi gua suka nak mengingatkan kepada semua. Kita atas dunia ini hanya-lah sementara, di akhirat jua tempat yang kekal semata. Kepada ALLAH Taala kita berserah dan menyembah. ALLAH Tuhan sekalian makhluk, pemilik hari pembalasan!

Wallahualam..

0 ketidak-puasan-hati: