Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Tuesday, February 23, 2010

Lu slim-lah beb!

sape ni???kawan bukan...junior lg la bukan...masok kategori mane ek???hahaha...g la bersukan, baru slim sket..

Itu dia. Gua nak berkongsi siket-lah kan perasaan sedikit hambar gua petang semalam dek kerana statement sepertimana di atas. Memang terasa giler dan tak se-mena, gua jadi hangin. Dengan segera gua selongkar segala macam fail dalam PC gua nih dengan tujuan yang satu, gua nak cari gambar gua bersenam!

Finally, gua jumpa jugak. Jadi gua upload-lah gambar tuh walaupun, bagi awek-awek yang menerjah mungkin akan menyematkan pandangan atau tafsiran yang negatif pada gua berdasarkan gambar tersebut. Gua dah tak peduli, gua perlu tunjukkan bukti atas statement di atas.

Bukan gua tak terima orang nak kata gua gemuk, and that is the fact! Gua redha, gua terima.. takda hal. Cumanya, orang beranggapan gua nih bukan-lah orang yang suka bersenam bahkan mereka beranggapan gua nih pemalas nak bersenam - sebab tuh gemok! mungkin itu-lah apa yang bermain dalam pemikiran JUMUD mereka. Gua takda hal!

Satu lagi yang membengangkan gua, statement itu mempertikaikan hubungan gua! Gua sedar, gua tak hensem, tak macho dan tak galak macam balak-balak lain, tapi agak-agak-lah makcik oit! Kok ye pon, tak buleh ke nak mengaku gua 'kawan'? kalao dah takmo nak mengaku atau malu, just ignore me and delete me from your list!! Apa punya statement! Ye la, gua tau itu se-macam gurauan, but people can be wrong by your pure statement! TIADA YANG TIDAK MUNGKIN selain Ya atau Tidak! Okeh?

Apa-apa pun, gua memang bengang dengan makcik tersebut. Gua tau, dia cantik dan gua pon memang ada-lah jugak hati nak mengusha makcik tersebut tapi gua agak sedar kedudukan dan taraf gua. Gua memang tak layak untuk makcik tersebut, cumanya tak boleh ke nak kategori-kan gua dalam senarai kawan kamu? Ye la.. sapa-lah gua. Tak layak kot nak berkawan dengan kamu. Takpa, gua takda hal. Yang pasti gua yakin ALLAH itu adil okeh!

And the last thing! Mati itu datang tak kira pada yang sihat atau yang sakit, yang muda atau yang tua, yang kurus atau yang gemuk..

ALLAH SWT berfirman (maksudnya): "Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur"
(Al-Imran: 145)


"Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia"
(Yaasinn:82)


Wallahualam..
 
Gambar: Ini dia gambar kontroversi yang gua upload sebagai profile-picture kat fesbuk gua.. anyway, nih gambar last year... hihi.. taun nih dah rupa macam apa entah~


© akusimisteri.blogspot.com

0 ketidak-puasan-hati: