Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Saturday, February 27, 2010

HALAL dan HARAM: Hukum Infinity Downline dan Login Facebook Dapat RM100

SILA RUJUK ARTIKEL DI SINI UNTUK KEFAHAMAN ATAS PANDANGAN DAN PENDAPAT AKUSIMISTERI SETERUSNYA.

oleh akusimisteri

Melihatkan senario terkini, kepada pengguna laman sosial terkemuka Facebook, pastinya akan terbiasa melihat pelbagai updated status daripada kalangan rakan yang menyatakan bahawasanya mereka mendapat keuntungan RM100, RM200, RM300 dan seterusnya dalam masa beberapa jam atau hari dengan kaedah login sahaja ke dalam Facebook.

Adakah kita yakin dan pasti, apa yang diwar-warkan itu sebenarnya benar-benar berlaku? Sekiranya berlaku, apakah hukum disebaliknya. Ini kerana, penulis melihat kaedah mendapatkan keuntungan dengan cara berkenaan sangat mencurigakan. Penulis juga pernah tertanya, bagaimana kaedah yang dilakukan untuk mendapatkan keuntungan sedemikian. Dan setelah dimaklumkan oleh seorang sahabat, penulis yakin ianya bukanlah cara yang sebenar. Masih tetap menggunakan modal RM100! Tetapi jalan promosinya adalah 'Login ke Facebook dapat RM100'! Penulis menyangkakan ianya adalah PERCUMA dengan hanya login sahaja ke dalam akaun Facebook.

Gambar: Antara status yang dikemaskini pengguna yang terjebak dalam skim ini dalam laman FB

Mengapa masih ramai di kalangan muda mudi terutamanya belia-remaja beragama Islam yang terpengaruh dengan kaedah yang sedemikian? Kaedah mengumpul pendapatan dengan cara yang BEGITU mudah tanpa sebarang usaha yang dilihat betul-betul diyakini! Dengan pelbagai status saban hari bahkan saban jam mempromosikan kaedah mendapatkan wang dengan cara yang sangat mudah. Ramai yang terpengaruh setelah mencuba dan mendapatkan pulangan modal bahkan mendapat sedikit keuntungan daripadanya.

Seorang sahabat penulis, beberapa bulan yang lalu sering mengemaskini statusnya, "Senangnya dapat RM100, login je ke FB".. saban hari dan terkadang setiap jam dikemaskini. Pada hari ini, penulis gagal melihat sebarang pengemaskinian statusnya. Mungkin sudah kaya? Wallahualam.. atau mungkin juga sudah penat mengemaskini status dan menarik masyarakat sekeliling menyertai skimnya? Berikut disiarkan kaedah sebenar bagaimana sistem ini berlangsung yang telah dimesej oleh seorang sahabat penulis:

Begini lebih kurang.....
Kita mempunyai satu system, dgn system tu kita login fb boleh dpt RM100. Contohnya mcm ni. Mcm org main farmville dan mafia war kat fb. Sebelum kita main kita kena daftar dulukan? Contoh main farm ville kena daftar dgn famville...kalau main mafia wars kena daftar kat mafia wars. Sama lah dgn program ni. kalau u nak dapat duit RM100 tu, u kena lah daftar dulu baru le u dapat duit dgn login facebook.

Konsepnya sama dgn konsep fb juga, u ada fb i ada fb tapi i tak nak nampak u dan u tak nampak i selagi i tak add u kan?? Sama je dlm program ni. Untuk i dapat duit RM100 tu, i kena lah add org yg nak buat duit juga, so caranya add kawan dan daftar dlm system tu. Baru lah i layak utk dapat duit.kalau tak daftar macam mana i nak buat duit. Betul tak??

Bila u dah daftar, baru u boleh share dgn kawan2 u pulak. Lepas ni u pulak akan dpt RM100 bila kwn2 fb u join system ni. System ini telah terbukti berkesan. Ramai yg telah mendapat pendapatan lumayan sehingga RM20K dlm 2 bulan, dengan modal Cuma RM100 sahaja.

Mari kita kongsi bersama....
bagaimana saya dpt RM8,000 dlm 2 bulan di facebook..
kawan facebook saya yg dpt RM100 sehari....dah tak terkira dah.
rekod terbaik...RM700 dlm ½ jam sahaja..
tiada yg mustahil...lagi cepat kita buat lagi bagus...
kita lambat sehari je..ada je kawan2 fb kita yg buat dulu..

Anda juga yang rugi kan...??? Betul tak..??

Dengan modal serendah RM100...
anda mampu mendapat sehingga RM1,000 sehari..
bukan hanya sekali....tetapi setiap bulan..
kalau anda betul2 ikut formula nya..
ajak je sorang kawan join...dah balik modal pun..
RM100 terus ke akaun bank anda..bukan akaun bank saya..

Senang tak BALIK MODAL?? Senang kan..??

Program ni 100% Online Affiliate..
bukan MLM, bkn skim cepat kaya., bkn pelaburan internet..
takde e-wallet..matching..flushing..pairing..
nak maintain pun tak wajib....mmg tak wajib..
anda akan di beri web e-learning...dlm video & audio..
dlm web tu ada panduan internet marketing, Windows VISTA,
Webmaster, Adobe Photoshop, Firefox , Hamachi, Excel,
Joomla, Powerpoint, dan berpuluh lagi video training
yang amat berguna..

Berbaloi kan...???? Memang berbaloi!!!

Kalau anda berada di KL..boleh jumpa dgn saya...
juga berjumpa mereka yg menjana RM100 hari2 di fb..
setiap ISNIN, RABU dan JUMAAT...jam 9:15-10:30 mlm
di Wisma Norbaya, Desa Melawati, Kuala Lumpur..
kami akan tunjuk kan buktinya..

kalau tak dpt dtg dan nk tau lebih detail..
boleh sms / call saya di 012-2093812..

Rebutlah peluang ini sebelum kawan2 facebook kita
yang merebutnya dulu. Kalau kawan2 kita asyik
dapat RM100 sahaja hari-hari...kita, takkan tengok sahaja..??
Betul tak..??

RM100 je..??tapi ada jaminan ke saya balik modal..?
Ok.... Kalau u nk kan jaminan, saya akan bagi...
90 DAYS MONEYBACK GUARANTEED....tapi...
U kena lah ikut syarat2 mudah yg saya bagi,,


Apakah HUKUM yang sebenar bagi kaedah di atas? Ustaz Zaharuddin melalui laman web/blognya, www.zaharuddin.net telah menyatakan pandangan beliao ke atas kaedah mendapatkan keuntungan dengan cara tersebut. Penulis menyeru kepada pembaca khususnya yang beragama ISLAM, sedar dan bangkitlah! Tiada keuntungan melainkan usaha yang murni dan bersungguh-sungguh! Adakah hanya melabur RM100 dan mendapatkan pulangan semula tanpa berbuat apa-apa adalah satu cara yang terpuji? Bukankah ianya menganiaya orang lain yang memodalkan juga RM100 tetapi masuk ke akaun kita? Ianya TERKEJI! Sedarlah! Wallahualam..

0 ketidak-puasan-hati: