Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Sunday, February 21, 2010

Ketagih Fesbuk

Hari ini, maksud gua sehingga hari ini Facebook menjadi satu laman sosial yang giler-giler dia punya registered users selain twitter, friendster dan sebagainya.

Facebook menjadi satu bahan yang ketagihan terutama di kalangan anak muda remaja termasuk gua. Biasalah, setiap perkara terdapatnya pro dan kontra samada banyak atau sikit sahaja nilai setiap pro dan kontra tersebut.

Gua mula menjebakkan diri dalam dunia Facebook sejak 28 Mac 2009. Alasan utama gua menjebakkan diri dengan dunia Facebook adalah kerana telinga gua naik tersumbat asyik terdengar Facebook sana, Facebook sini daripada member-member mahupun orang sekeliling. Jadi, untuk tidak menjadi jumud, gua pon taknak jadi katak bawah tempurung, terus gua daftarkan diri gua dengan tujuan 'saja-saja'. Lama jugak gua tak aktif Facebook selepas gua daftarkan diri sebab gua tak faham langsung cara nak menggunakannya.

Lama kelamaan, gua mula pandai dan ramai kawan. Hehe.. jangan salah sangka, sumanya kawan yang gua kenal. Hah, ini dia satu isu yang gua nak bangkitkan. Kebanyakan Facebook-er (gua gelarkan) menambah kenalan sesuka hati. Kalao gua usha page sorang-sorang, bilangan sahabat dalam senarai boleh mencecah ribuan orang. Pada firasat gua, adakah mereka kenal semua tuh? Tidak bagi gua, gua jarang add orang. Biasanya, orang yang akan add gua dan gua akan buat sedikit penyelidikan samada gua kenal atau tidak dengan orang tersebut. Kalao gua kenal, dengan segera terus je gua confirm-kan.

Selain itu jugak, gua selalu peratikan kawan-kawan gua yang ber-Facebook nih. Page-nya penoh dengan macam-macam benda, bukan nak kata status, entah apa-apa aplikasi disumbatnya. Ada pulak yang gua perati, bila dia login ke Facebook, macam takda apa-apa yang dibuatnya. Gua taknampak sebarang aktiviti. Tiada status, tiada komen atau apa sahaja. Yang nampak, namanya online, tapi tiada sebarang aktiviti. Bahkan, kalao ada kengkawannya yang menulis/menaip di wall-post page-nya, langsung tak dilayan. Gua pelik.. kenapakah? Oh, mungkinkah sebab nak dapat RM100 setiap kali login sepertimana yang digembar gemburkan sekarang ini? Entahlah..

Gua semakin ketagih dan seronok bila join fesbuk nih. Bukan apa, banyak gambar² peribadi yang tak patut pon diorang sumbatkan jugak. Jadi, gua dapat-lah melihat pelbagai ragam manusia termasuk jugak gua. Selain tuh, ada juga NIAT tak baik gua nih.. hihi.. gua cuba² cari jodoh. Haha.. mana-lah tau, skendel lama gua pon ber-Facebook jugak..

Apapun, Facebook nih memang buat muda mudi macam gua ketagih. Sana sini kalao gua lepak, nampak bebudak online Facebook. Tak pernah gua nampak diorang bukak tafsir Quran ke, hadis ke.. Harap jadikan Facebook sebagai laman sosial yang berfaedah. Jangan jadikan tempat tak tentu arah macam kes² yang berlaku beberapa bulan lepas.


© akusimisteri.blogspot.com

0 ketidak-puasan-hati: