Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Monday, February 15, 2010

Antara Aku, Kau dan Kisah Silam

Haha.. itu dia.. sekali tajuk dia berbunga..

Nih bukanlah gua nak cerita kesah gua semata, hanyalah untuk menghuraikan sesuatu yang terkadang bermain-main futsal dalam benak hotak gua..

Dalam sejarah kehidupan kamu (gua belum pernah rasa), apakah kamu pernah bercinta, putus dan bertemu kembali? Nak kata tak pernah, gua tipu lah kan. Gua pernah mengalami episod cinta sadisnih; bercinta, putus cinta.. bertemu kembali? setakat nih belum lagi.. haha.. tapi gua masih berkawan dengan mereka yang terlibat.

Gua nak bercerita tentang perspektif 'cinta sekelas'. Kamu semua musti paham maksud gua kan? Kalao kamu pernah atau sedang dalam situasi belajar di IPT, tak mustahil kamu mengalami benda ini. Gua? Gua tak pernah. Serius! Gua tak pernah bercinta dengan rakan sekelas, tak taulah akan datang kan..? hehe

Okeh, mari kita lihat situasi ini. Gua tak pasti kalau situasi ini hanya terlibat pada individu yang memang jenis yang 'memendam dendam'. Gua tak pasti. Kita sama-sama nilaikan.

Ali (bukan nama sebenar) pernah bercinta dengan Bedah (bukan nama sebenar) semasa masing-masing menuntut di sebuah IPT. Mereka sekelas dalam satu bidang yang sama.

Namun, jodoh antara meraka tidak lama, terputus di tengah jalan semasa masing-masing masih lagi dalam pengajian. Ali merupakan seorang yang pendiam, apabila berlaku kejadian seperti ini, maka 'diam'nya Ali itu tidak dapat dirasakan orang sekelilingnya.

Hubungan antara Ali dan Bedah selepas berpisah sangat dingin, walau Bedah terkadang tidak merasakan apa-apa cuma Ali yang terlebih. Situasi dingin itu berterusan sehingga mereka tamat pengajian.

Selepas beberapa tahun, Bedah telah berkahwin dengan jejaka pilihannya manakala Ali masih sendiri.

Pada suatu hari, Ali bertemu dengan rakan-rakan sekelas yang dah lama tak berjumpa, begitu juga Bedah yang datang bersama suami. Ali menjangkakan kehadiran Bedah dan suami. Sikap Ali tatkala melihat atau berdekatan dengan Bedah sungguh dingin. Lain benar sikapnya. Sukar ditafsirkan oleh kawan-kawan lain dan mungkin tidak disedari rakannya yang lain itu. Caca (bukan nama sebenar), rakan baik Ali perasan akan perubahan sikap Ali itu. Cumanya, Caca tidak mahu menyuarakannya. "Biarkanlah," kata Caca.

Pun begitu, dalam diam rupanya Ali datang untuk melihat atau berjumpa dengan Dina (bukan nama sebenar). Tiada kenyataan yang pasti tentang hubungan antara Ali dengan Dina kerana Caca sendiri tidak pasti atau tahu walau Caca rapat dengan Ali. Begitupun, Dina dan Bedah sangat rapat. Jadi, tembok 'ramah mesra' Ali ketika itu agak terbatas selain Ali juga merupakan seorang yang sensitif dan pemalu. Maka, dipendamkan saja sikapnya itu.

Sepanjang pertemuan semula dengan rakan sekelas itu, Ali tidak menunjukkan reaksi 'puas hati'. Kurang supportif bila aksinya diperlukan untuk dirakam sebagai kenang-kenangan memori rakan sekelas. Caca yang memahami situasi Ali itu 'membiarkan' saja Ali dengan perasaannya demi menjaga 'mood' raka-rakan lain.

Sehingga mereka semua kembali ke destinasi masing-masing, Ali masih bersikap sedemikian. Caca dapat merasakan Bedah 'terasa'dengan sikap Ali itu. Pun begitu, Bedah acuh tak acuh saja kerana suaminya ada di sisi.


Apa yang kamu boleh nilaikan terhadap situasi di atas? Gua tak buleh nak kata apa-apa pasal gua susah nak paham situasi A dan B. Bahkan sukar nak diselami sikap A. Kamu nilaikan lah sendiri..


© akusimisteri.blogspot.com

0 ketidak-puasan-hati: