Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Saturday, January 9, 2010

Isu Semasa: Kalimah ALLAH

Salam to all.. gua ingat gua dah bersara dari dunia blog nih.. terpaksa gak gua jengah sini untuk menempel sedikit sebanyak firasat gua dalam isu semasa.. haish.. dah ludah jilat balek ke? apakah..

oleh akusimisteri

Negara terutamanya rakyat beragama Islam digegarkan dengan keputusan mahkamah tinggi yang membenarkan sebuah majalah katolik menggunakan istilah ALLAH. Ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut sehingga rakyat cuba melibatkan pihak istana.

Isu ini juga menjadi satu isu yang cuba dipolitikkan oleh beberapa pihak.

Penulis ingin mendefiniskan sedikit pendapat serta pandangan tentang kalimah ALLAH dari segi logik akal dan sedikit ilmu yang dituntut sehingga menerima Sijil Tinggi Agama (Darjah Khas) Majlis Agama Islam Johor.

Secara umumnya, seseorang yang berpegang kepada ENAM rukun iman seharusnya yakin dan percaya dengan hati, pertuturan dan perbuatan kepada ALLAH, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Kiamat dan Qada' Qadar. Jika dihuraikan satu persatu, kita dapat melihat kaitannya dengan isu yang ditimbulkan pada hari ini.

Mari kita lihat tentang keimanan kepada ALLAH. Semua umat yang mengaku beragama Islam pastinya mempercayai kewujudan ALLAH. Percaya ALLAH itu Esa. Percaya ALLAH pentadbir sekalian alam. Percaya ALLAH pencipta dan pemilik mutlak setiap makhluk. Kita lihat pula bagaimana kalimah ALLAH ini menjadi isu. Dasarnya, ALLAH adalah pencipta sekalian makhluk, pemilik sekalian makhluk. ALLAH adalah Esa.

Ada pihak yang mengatakan istilah 'ALLAH untuk semua' adalah salah. Di mana salahnya? Apakah ALLAH hanya mencipta umat manusia beragama Islam? Kalau kita sedari, ALLAH itu Pencipta Sekalian Makhluk tidak kira agama, bangsa, budaya, warna kulit dan sebagainya. Kita yakin dan percaya ALLAH yang mencipta, tapi mengapa istilah 'ALLAH untuk semua' bukanlah istilah yang sesuai. Kita dituntut untuk menghakimi atau meneliti sesuatu perkara berdasarkan logik aqli dan naqli. Logik akal kita mengatakan ALLAH itu Esa dan pencipta sekalian makhluk dan alam. Dan termaktub juga di dalam Al-Quran Al-Karim. Jadi adakah istilah itu salah?

Bagi penulis, kalimah ALLAH itu boleh digunakan oleh mana-mana pihak, cuma sekiranya kalimah ALLAH itu adalah bertujuan penghinaan maka WAJIB bagi umat Islam untuk menentang mereka yang mempermainkannya.

Apakah salah bagi agama lain menggunakan kalimah ALLAH dalam dakwah mereka? Bagaimana sekiranya mereka berdakwah seperti ini, (CONTOH) "ALLAH adalah tuhan yang dipercayai oleh orang Islam" atau "ALLAH adalah tuhan orang Islam". Apakah salah mereka menyatakan sedemikian kepada pengikut ajaran mereka? Istilah berkenaan dilihat langsung tidak menyalahi dari segi akidah sekalipun kerana ianya BENAR! ALLAH adalah tuhan yang Esa yang dipercayai oleh orang-orang Islam dan orang-orang Islam mempercayai ALLAH adalah Esa, tiada tuhan selain ALLAH termasuk juga tidak wujud tuhan-tuhan seperti yang disebut atau dipercayai oleh agama Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Kerana kita percaya dan tahu serta termaktub dalam Al-Quran Al-Karim sesungguhnya ALLAH itu pentadbir sekalian alam serta pencipta sekalian makhluk.

Lain pula halnya sekiranya mereka mempersendakan kalimah ALLAH dalam ajaran mereka. Itu satu isu yang sangat sensitif yang menuntut umat Islam untuk menegakkan syiar. Adakah kita suka mereka mengistilahkan tuhan kita selain daripada kalimah ALLAH? Pada zaman nabi, kaum kafir Quraisy juga menyebut atau menggunakan kalimah ALLAH cuma perbezaannya mereka tidak mempercayai ALLAH sebagai tuhan mereka. Tidak pula Nabi Muhammad SAW melarang mereka menyebut nama ALLAH, kerana ALLAH itu sememangnya tuhan yang Esa tidak kira mereka percaya atau sebaliknya.

Kita seharusnya berfikir secara mendalam berlandaskan panduan yang ditinggalkan untuk kita; Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.

Akhir kata, bagi penulis istilah 'ALLAH untuk semua' adalah tidak salah dan penggunaan kalimah ALLAH juga boleh digunakan dengan niat tidak memburukkan atau mempersendakannya untuk tujuan menimbulkan ketegangan demi kepentingan diri sendiri. Bukanlah niat penulis menyokong mana-mana pihak, tetapi penulis hanya cuba menyampaikan apa yang sepatutnya.



© akusimisteri.blogspot.com


p/s: akusimisteri bukanlah seorang berfikiran bebas beragama, cuma mahukan kedamaian dan keamanan negara terpelihara namun tidak mahu Islam diremeh temehkan dan dipolitikkan oleh MEREKA yang tidak bertanggungjawab! akusimisteri berpegang kepada akidah LailahaiLLAH (Tiada Tuhan Selain ALLAH).

0 ketidak-puasan-hati: