Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Monday, December 7, 2009

Penat

Hari ini gua masih dalam mood cuti-cuti.. Gua mula bercuti sejak Jumaat lepas, kononnya nak balik kampung awal.. tapi akhirnya balik kampung hari Sabtu jugak.. tapi Jumaat tuh gua sempat meluangkan masa gua berjalan melunaskan segala urusan yang tertunggak, contohnya gua pergi ke KWSP untuk buat nombor pin i-akaun..

Sabtunya, gua berjaya balik ke kampung. Seawal pagi gua dah gerak dari Johor Bahru ke Muar. 1 JAM.. adakah itu masa yang sepatutnya untuk sampai ke Muar dari Johor Bahru? realitinya, itulah masa yang sempat gua amek. Ketergesaan gua adalah kerana gua telah berjanji dengan beberapa orang rakan untuk ke Melaka pada awal pagi tersebut.

Lepak Melaka hampir satu hari.. memang lepak, tapi enjoy.. Lepas puas mandi manda di Tanjung Bidara, gua sempat gak melatah Dataran Pahlawan cari-cari barang. Lepas tuh, terus gerak semula balik Muar.

Besoknya pulak (Ahad), ada kenduri kat rumah arwah atuk gua yang kini dah jadi milik makcik gua. Beliao baru selesai membina rumah.. rumah lama dirobohkan. Cantik, besar dan MAHAL.. menurut makcik gua harganya RM400K.. memang berbaloi.. gua lepak, malas nak tolong-tolong mengemas apa yang patot.. kebetulannya pulak, malamnya gua kena kerja.. so, petang tuh gak, selepas habes kenduri gua rush balik JB.. penat..

Malam tuh, gua kerja.. kena setup network.. hah, inilah dia punca kecelaruan gua minggu lepas.. yang gua kena tiow tak hingat dunia.. buatkan gua takda mood.. tapi, nak buat macamana? dah kerja kan? kenalah bertanggungjawab siket.. berpeluh jugak gua setup network.. setel setup network, lepak-lepak minom dengan bos serta senpai-senpai gua.. macam-macam cerita.. goosebumps gua dibuatnya..

Hari nih, masih dalam cuti.. besok kerja..
Pagi-pagi gua dah start peluhkan diri.. mandikan 'baby' gua.. kesian, kotor badannya.. maklomlah, on the way ke JB semalam hujan.. gua tak sampai hati nak biarkan baby gua kotor.. nak dapat punyalah susah.. so kena jaga-jaga siket..

Penat.. betul-betul penat..

2 ketidak-puasan-hati:

MIRA said...

penat jgk.:(

akusimisteri said...

apa yang dipenatkan tuh bell?