Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Sunday, December 13, 2009

Ajal dan Maut: Al Fatihah

Dengan nama ALLAH Maha Pemurah Maha Penyayang

Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali
(Surah Al Baqarah: 155-156)

Petang nih mak gua menerima satu pesanan ringkas (SMS) daripada makchu gua di kampung yang memberitakan tentang pemergian salah seorang saudara terdekat iaitu ibu saudara mak gua yang juga merupakan nenek saudara gua.
Pilu.. Sebak.. itulah antara perasaan mak gua bila menerima SMS tersebut.

Bila terkenangkan balik, MATI itu sedang menanti kita. Bila-bila masa ia menemui kita. Sempatkah kita nak membawa sebarang bekalan untuk membantu nasib kita di alam barzakh?

Baru minggu lepas gua ketemu sama nenek gua itu. Beliau memang telah terlantar sakit. Biasalah, orang sudah berusia, gua suspek beliau menghidap penyakit Alzheimer sebab ingatannya sangat lemah. Kata orang-orang kampung, "nyanyuk muda". Agak lama beliau menghidap penyakit tersebut. Bila nampak gua pon, kadang-kadang beliau semacam keliru tentang SIAPA gua.

Bulan lepas, dalam perjalanan ke Kedah, beliau diserang angin ahmar dan sempat mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Besi. Hampir seminggu di sana, barulah dihantar ke hospital Muar. Dan gua sempat bertanya khabar minggu lepas bilamana gua balik ke kampung.

Terkilan. Gua tak dapat nak jumpa beliau bila gua nak balik semula ke JB minggu lepas sebab beliau dikejarkan semula ke hospital kerana sesak nafas. Itulah kali terakhir gua jumpa nenek gua itu. Masih terbayang wajah lesu beliau yang berehat di kerusi malas di rumahnya.

Pemergian allahyarhamah meninggalkan bermacam kesan terutama kepada anak-anak beliau. Dan gua difahamkan, salah seorang anak beliau tidak sempat berjumpa arwah memandangkan dia tinggal di Kedah. Entah, gua tak tau nak salahkan siapa. Pada gua, kalau dah tahu mak sakit, curi sedikit masa untuk melawat atau menziarahi bahkan apalah salahnya menjaga mak ketika sakit.

Gua masih diselubungi kesedihan dan kejutan. Amat terkejut mendapat berita tersebut. Gua pun masih berbelah bahagi samada ingin ikut mak-ayah gua pulang ke kampung esok ataupun tidak. Gua agak rapat dengan keluarga allahyarhamah, terutama dengan anak lelaki bongsunya yang juga bapa saudara gua. Gua dalam dilema.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah di sisi ALLAH. Al Fatihah untuk allahyarhamah..
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang [1]
Segala pujian kepada ALLAH, tuhan sekalian alam [2] Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang [3]
Pemilik hari kemudian (akhirat) [4] Kepada-Mu kami menyembah dan kepada-Mu kami memohon pertolongan [5]
Tunjukkan kami jalan yang benar (lurus) [6]
Jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat [7]

0 ketidak-puasan-hati: