Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Friday, November 27, 2009

Title 'Haji'

oleh akusimisteri


Ibadah haji merupakan tuntutan rukun Islam ke-5 yang wajib ke atas umat manusia yang beragama Islam sebagai rukun Islam, yang dimulai dengan mengucap 2 kalimah syahadah bahawasanya tiada tuhan yang berhak disembah selain ALLAH dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh ALLAH SWT. Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, berzakat dan akhir sekali menunaikan ibadah haji.

Pada hari ini, khususnya masyarakat Melayu beragama Islam di Malaysia sudah biasa menunaikan ibadah rukun Islam ke-5 tersebut saban tahun setiap kali tiba musimnya. Apa yang ingin dikupas ialah, tentang title 'haji'.

Rata-rata, orang Melayu yang kembali dari menunaikan ibadah haji akan dipanggil dengan panggilan 'Haji' pada awalan namanya; contohnya bagi nama Bakhil Bin Kedekut, akan dipanggil sebagai 'Tuan Haji Bakhil Bin Kedekut' bahkan menjadi satu tuntutan ketika menulis surat rasmi. Apakah relevannya title tersebut? Adakah sebagai satu aras penanda bahawasanya seseorang itu telah menunaikan ibadah haji? Adakah perlu sedemikian?

Ada juga antara orang Melayu yang marah apabila namanya diseru tanpa title 'haji'. Apakah itu suatu status bagi mana-mana umat Islam yang telah menunaikan ibadah haji? Hinggakan ia seolah-olah telah terukir di dalam kad pengenalan tatkala orang bertanyakan nama; "Siapa nama encik?", jawabnya pula: "Haji Si Polan"

Kalau diimbas kembali sejarah lampau pada zaman Nabi SAW dan para sahabat, mereka menunaikan ibadah haji lebih kerap daripada orang Melayu yang baru sekali menjejakkan kaki ke tanah haram. Adakah kita menyebut nama Nabi SAW dan para sahabat bermula dengan 'haji'? Contohnya, 'Haji Nabi Muhammad'? 'Haji Abu Bakar As-Siddiq'? Secara khususnya, apakah tujuan kita menunaikan ibadah haji? Adakah secara automatiknya, title 'haji' itu akan diperoleh selesai sahaja ibadah haji ditunaikan?

Tuntutan menunaikan ibadah haji merupakan pelengkap rukun Islam bagi seseorang muslim dan muslimah. Niat utama menunaikan ibadah haji perlulah disematkan di dalam hati untuk mendapatkan haji mabrur, ibadah yang diterima oleh ALLAH SWT. Tidak perlulah berlumba-lumba mengejar title 'haji' atau 'hajjah'.

Lihat pula bagaimana sesuatu ibadah haji itu dilakukan. Atas tuntutan agama, atau publisiti murahan, atau sekadar menunjuk-nunjuk? Jika benar ibadah haji dilakukan atas tuntutan agama dalam mencari keredhaan ALLAH SWT, maka, perlukah penampilan imej dikekalkan sebagaimana sebelum menunaikan ibadah haji? Misalnya, ramai para artis yang berkemampuan telah menunaikan ibadah haji, tetapi hanya segelintir yang betul-betul berubah setelah menunaikan ibadah rukun Islam ke-5.

Pada awalnya, kembali dari tanah suci dengan mengenakan tudung litup (menutup aurat). Sedikit demi sedikit, menampakkan sehelai demi sehelai rambut (aurat) dan akhirnya, seolah-olah tidak bertudung! Alasan diberikan bila ditanya, "Berilah saya peluang berubah sedikit-demi-sedikit. Mana boleh saya berubah dengan drastik". Apakah menampakkan aurat sedikit demi sedikit bermula dengan menutup aurat sebaiknya merupakan perubahan yang sedikit-demi-sedikit? Di mana kesedaran mereka? Adakah ibadah mereka diterima ALLAH? Wallahualam..

Akhir kata, semoga ibadah kita diterima ALLAH dan mendapat keredhaan-Nya yang mengubah kita menjadi lebih bertaqwa dan beriman. Ibadah yang mabrur adalah ibadah yang ikhlas, tawaddu' dan sepenuh hati serta banyak lagi.

0 ketidak-puasan-hati: