Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Friday, November 27, 2009

KHILAF: Mengangkat tangan dalam khutbah

oleh akusimisteri

Hari ini, bahkan sejak dari zaman Nabi SAW, telah difardhukan kepada umat Islam terutama lelaki untuk menunaikan solat Jumaat. Di antara rukun solat Jumaat ini adalah khutbah. Seperti juga solat Jumaat, solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha juga mengandungi khutbah di dalam menunaikan solat sunat tersebut.

Di dalam pembacaan khutbah, akan terdapat dua doa. Doa di dalam khutbah pertama (sebelum khatib duduk) dan doa di dalam khutbah kedua (sebelum khatib menamatkan khutbah). Seperti menjadi satu budaya (bukan tuntutan agama), di dalam doa kedua-dua khutbah, jemaah biasanya menadah tangan tatkala khatib membaca khutbah. Bahkan, terdapat juga sesetengah khatib melakukan perkara yang sama.

Dalam pemerhatian, pembacaan dan kuliah yang diikuti penulis, di dapati terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki dalam menunaikan ibadah ini.
Dalam hadis Muslim, Nabi SAW dikatakan tidak mengangkat tangan ketika membaca doa di dalam khutbah. Pada zaman kerajaan Bani Umayyah, seorang khatib menadah tangan ketika berdoa dan seorang sahabat mengatakan; "Allah menghuduhkan kedua-dua tangan itu. Ia tidak diangkat pada zaman Rasul".

Daripada bukti di atas, menunjukkan bahawasanya, Rasullullah ketika menjadi khatib tidak melakukan perbuatan tersebut, maka adakah perlu kita melakukan yang sebaliknya. Pada hari ini, perlantikan imam/khatib mungkin tidak dilakukan mengikut syarat yang sepatutnya tetapi didapati jawatan imam/khatib di sesetengah tempat diberikan kepada orang-orang yang lebih tua dan telah menunaikan rukun Islam kelima. Mungkin itu antara sebab seseorang imam/khatib dilantik. Seharusnya, imam/khatib yang dilantik hendaklah dari kalangan mereka yang lebih mengetahui perihal agama Islam, bacaan al-Quran lebih fasih walaupun mereka itu lebih muda daripada golongan jemaah di sesuatu tempat.

Apabila perbuatan mengangkat tangan (menadah tangan) ketika membaca doa dalam khutbah dilakukan oleh khatib, para jemaah pastinya akan mengikut.

Inilah yang berlaku pada hari ini dan mungkin akan terus berlaku. Wallahualam. Hanya ALLAH Maha Mengetahui.


Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam. Ibadah korban memupuk keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH SWT.

0 ketidak-puasan-hati: