Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Saturday, November 21, 2009

Jeles

Sekarang nih, ke'GIAN'an gua terhadap Facebook telah melebihi 'dose' yang disyorkan. Jadi, bila gua dah 'overdose' maka berlaku sedikit kecelaruan dalam minda gua.. mind and soul.. its burned~

Bila dah ber'mukabuku' nih, macam macam kenalan lama gua jumpa. Dari yang tak pernah gua tegur, sampai kepada member-member rapat. And of course, bila gua dah add masing-masing, gua akan ushar apakah yang sedang dilakukan oleh mereka. Samada mereka jujur atau sebaliknya, gua tetap nak ushar gak apa yang dilakukan mereka.

Dalam ramai-ramai member yang gua add, mostly they're did/doing some Bachelor course.. ahh.. bila ada yang dah kerja dengan kelulusan sedemikian, membuatkan gua iri hati.. ada pulak yang sampai dah jadi System Analyst.. gua sedih.. dalam sedih gua, jiwa gua memberontak memaksa gua untuk mengejar satu pencapaian seumpama itu. Dengan diploma yang gua ada, maka jawatan sekarang inilah yang 'mungkin' dipandang layak oleh pihak organisasi majikan gua termasuk kerajaan Malaysia selaku 'kepala' pentadbiran umum.

Bila difikirkan balek, kenapa dulu gua tak sambung? Alasannya, gua dah taknak susahkan mak-ayah gua mengeluarkan belanja untuk anak mereka yang sorang nih, yang tak habes-habes ngaji sedangkan adik-adik dah mula keluar belanja sendiri. Jadi gua muktamadkan keputusan gua, gua perlu 'tangguhkan' pengajian gua ke peringkat bachelor. Gua perlu bantu mak-ayah gua dan kecapi impian gua. Dan alhamdulillah, gua sekarang mampu mengeluarkan belanja sendiri dan mampu menampung sedikit keperluan mak-ayah gua walaupun mereka punya pendapatan sendiri.

Bila dirojak kembali pikiran gua terhadap kelulusan, gua sangat perlu menyambung pengajian gua. Gua perlu menapak ke hadapan dari landasan gua di ketika ini.

Gua jeles. Serius, gua sangat jeles. Dan lagi, kerja-kerja yang dilakukan oleh member-member gua tersebut semuanya awesome~ Semua kerja-kerja tersebut 'pernah' gua idamkan satu ketika dulu. Tapi, kini.. alhamdulillah, gua tetap bersyukur dengan kerja yang gua lakukan ini. Cuma gua perlukan sedikit suntikan untuk mengecapi hidup menampung keperluan ekonomi duniawi pada hari ini. Takkan sampai ke pencen gua nak kekal dengan jawatan ini?

Apapun, gua rasa ilmu itu sangat penting. Gua jeles dengan semua. Gua jeles dengan kerja-kerja lu orang. Seriously, gua macam dah nekad! Taon depan, gua musti sambung.. Gua kena bekerja keras mengumpul belanja menampung sendiri pengajian gua. Tak perlu lagi berharap pada orang lain.

Semoga cita-cita gua diperkenan dan diredhai serta diberkati oleh-Nya. Gua memohon dan berserah~

Gambar hiasan: Awek di atas tiada sebarang pertalian dengan gua, begitu juga pakcik dan makcik yang kelihatan~

2 ketidak-puasan-hati:

eliana said...

tetibe nmpak prof syed arabi aidid tu.. ingatkan sape laa dlm gmba tu..
kamo rembat gmba rector UIA tue..heee~

xpe, kdg2, setiap keputusan yg kite buat tu ade kebaikannye..
jgn putus asa kay?
=)

hafiz-Taichou said...

putus asa tuh belom lagi.. cuma masa yang memutuskan semuanya~