Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Tuesday, October 20, 2009

Jumud

Hari nih gua nak borak-borak pasal satu topik. Bukan topik sebenarnya, tapi perkataan. Perkataan yang tak pernah gua dengar sehinggalah gua menapak dalam kerja gua sekarang nih.

'JUMUD'.

Macam lucah sikit gua dengar masa mula-mula gua berjinak-jinak dengan perkataan nih. Ada sikit-sikit bunyinya macam 'kemut' 'semut'. hehe.. Gua nak memberikan tafsiran tentang perkataan 'jumud' nih. Kepada yang tak tau, nih gua nak bagi tau.

Jumud berasal daripada perkataan jamad, bermaksud benda keras yang tidak bernyawa. Dari segi istilahnya, ia boleh diertikan dengan berotak beku, sempit, pemikiran masih dijajah atau sebagainya. Kalau dalam Islam, ia dikaitkan dengan satu bentuk pemikiran yang tidak terbuka menerima sesuatu berubahan yang diizinkan syarak.

sumber: alaf21
Dalam erti kata lain, jumud nih buleh ditafsirkan sebagai 'bodoh'. Tapi lain pulak halnya jika dalam situasi penjawatan. 'Jawatan jumud'. Pernah dengar? Ya,
Perkhidmatan jumud ditakrifkan sebagai perkhidmatan yang fungsinya tidak lagi diperlukan, diambil alih oleh perkhidmatan yang setanding atau yang berada dalam hieraki kerja yang sama atau diswastakan atau yang difikirkan perlu/layak oleh pihak atasan sesebuah organisasi.
Jadi, jumud nih secara amnya merujuk kepada perkataan bodoh. Tak perlulah gua nak perjelaskan pulak apa tafsiran perkataan tersebut. Lu orang pikirlah sendiri. Cuma gua harap lu orang jangan pulak yang jadi JUMUD!

2 ketidak-puasan-hati:

M!zZ Qh!EeK@n said...

hahaha..

perkataan baru..

aku pon tak pernah dengar first time... cam lucah jer bunyi....
har.. har..har..
thanks sbb kongsi2 info...

penulis.tidak.bernama said...

kepada yang otaknya kunen, memang rasa lucah sket.. macam gua..

tapi kepada otaknya suci bersih dan putih, pun macam gua.. rasa biasa je perkataan tuh.. ngehe..