Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Monday, October 5, 2009

Bencana Alam: Ujian atau Suatu HUKUMAN?

Dunia digemparkan lagi dengan beberapa gegaran di Amerika dan tempiasnya hingga ke Asia terutamanya di Indonesia. Dengan bacaan melebihi 7 skala richter, sebahagian kawasan di Indonesia hampir lumpuh!

Apakah ini satu ujian daripada ALLAH SWT atau hukuman kepada tingkah manusia?

Sebahagian fahaman rakyat Indonesia dalam pada itu telah mengisytiharkan 'perang' ke atas Malaysia atas dasar-dasar yang logik dalam pemikiran mereka. Bahkan, rasanya kesan bencana yang menimpa Indonesia langsung tidak dijadikan iktibar. Sedar atau tidak, malah jelas dan nyata keprihatinan Malaysia terhadap nasib yang menimpa Indonesia dan tetap menghulurkan pelbagai jenis bantuan kepada mereka. Begitupun, pengisytiharan 'perang' tetap dilakukan.

Pada gua, isytiharlah sebanyak mana sekalipun 'perang' ke atas Malaysia, malah, kalau betol sekalipun tercetusnya perang antara Malaysia dengan rakyat Indonesia, gua akan hentakkan kaki gua ke atas bumi Malaysia dan berperang dengan segala yang gua ada menentang rakyat Indonesia yang bongkak, tak mengenang budi dan sebagainya. Sedikitpun gua rasa gua takkan berganjak menentang rakyat Indonesia yang cuba 'menjolok sarang tebuan'.

'Perang' yang diminta, 'perang' juga yang diberi. Sedikit pun tiada keinsafan. Tiada muhasabah ke atas apa yang terjadi.

Gua cuba yakinkan diri gua, bencana yang menimpa adalah ujian daripada-Nya. Tapi, menurut pendapat lain, bencana itu adalah HUKUMAN kerana ujian di datangkan kepada individu tapi hukuman di datangkan ke atas kelompok. Terpikir jugak gua, contohnya seperti yang termaktub dalam al-Quran tentang kebinasaan kaum Nabi Nuh dan nabi-nabi lain. Mungkin. Mungkin ini hukuman. Dalam keadaan seperti ini juga, masih ada yang mempercayai kuasa lain selain kuasa ALLAH, contohnya ada pula mengaitkan tarikh hari lahir Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhiyono sebagai pembawa bencana.

Astaghfirullah..

Mungkin ini antara puncanya berlaku bencana tersebut. Hanya ALLAH Maha Mengetahui.

KEPADA RAKYAT INDONESIA!!
SEDAR DAN BANGKITLAH DARIPADA KEALPAAN KALIAN!
INI BUKAN SALAH SESIAPA, TAPI MUNGKIN DARI DIRI KALIAN SENDIRI!!
SEDAR DAN INSAF. MUHASABAH DIRI KALIAN!



ayat|tambah: tetiba gua jadi patriotik!! sebab Indonesia isytihar perang pada Malaysia! Mari angkat senjata, kita pertahankan negara kita. Kalau itu yang Indonesia pinta!

0 ketidak-puasan-hati: