Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Friday, October 23, 2009

Bajet 2010 - Bonus?

Petang tadi YAB Perdana Menteri Malaysia telah mencadangkan bajet 2010 di dewan Parlimen. Pelbagai peruntukan yang dicadangkan untuk perbelanjaan sepanjang tahun. Pelbagai pihak menerima pelbagai insentif yang dibajetkan.

Bagi penjawat awam, perkara utama yang ditunggu-tunggu adalah pemberian bonus. Dan akhirnya, penantian berakhir apabila tiada sebarang pemberian bonus diperuntukkan tetapi pemberian khas sebanyak RM500 yang diperuntukkan kepada penjawat awam kumpulan sokongan yang diumumkan sebelum Hari Raya Aidilfitri dipanjangkan untuk diberikan kepada penjawat awam kumpulan profesional.

136. Sememangnya kegigihan penjawat awam dalam memastikan pembangunan negara tercapai demi kesejahteraan rakyat adalah dihargai. Lalu, baru-baru ini, saya telah mengumumkan bayaran khas kewangan sebanyak 500 ringgit kepada penjawat awam kumpulan sokongan. Sukacita saya ingin mengumumkan bayaran khas ini dipanjangkan kepada semua penjawat awam gred 41 hingga 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib Kerajaan. Bayaran khas ini akan dibuat pada bulan Disember tahun ini. Langkah ini memerlukan peruntukan tambahan sebanyak 400 juta ringgit. Ini menunjukkan Kerajaan amat prihatin dengan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh penjawat awam dan pesara. Oleh itu, Kerajaan berharap supaya penjawat awam dan pesara menggunakan pemberian ini dengan sebaik-baiknya.

petikan ucapan bajet 2010 oleh YAB Perdana Menteri


Jadi, di sini gua dan ayah gua selaku penjawat awam hanya senyum je la.

Gua yakin, hampir 100% penjawat awam menantikan insentif bonus pada tahun ini. Gua tak buleh nak kata apa la. Kalau diberi, kita amek. Tak bagi, nak buat macamana.


ayat|tambah: bonus.. oh bonus.. ingat dah buleh masuk sport rim.. alamatnya, sendiri mau ingat lah..


muatturun Ucapan Bajet 2010 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia

0 ketidak-puasan-hati: