Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Tuesday, September 1, 2009

Tunjuk Sebab [UPDATED: keputusannya]

Hari nih gua kusut sikit. Sebabnya, tengahari tadi gua naik opis, gua check pigeonhole gua yang berzaman gua tak jengok sebelum ramadhan sampai hari nih.

Gua terkejut tengok ada satu surat atas nama gua bertajuk "...MEMBERI PENJELASAN BERHUBUNG..."

Ah, sudah.. gua tak baca sangat surat tuh, tapi gua macam dah agak isi kandungannya.. tujuan sebenar gua naik opis sebab ada orang nak jumpa, tu yang sambil menyelam minum air dok jengok isi pigeonhole tuh.. lepas hal gua dengan orang tersebut settle, gua pon baca ayat dalam surat tuh sebijik-sebijik sampailah ke perenggan terakhir, ayat terakhir terpampang perkataan "kes akan dibawa ke Mesyuarat Pengurusan Universiti".. ah sudah.. nih siap nak libat orang atas universiti pulak..

Gua lepak.. kebetulan, time gua baca surat tuh, sekalian bos-bos gua ada dikeliling gua.. dan gua pon merujuk kepada mereka tentang situasi yang gua hadapi.. gua taknak cerita sangatlah apa situasi tuh, cuma gua buleh tegaskan di sini, gua macam kena fitnah oleh pihak keselamatan universiti yang berlagak menyiasat kes dalam universiti macam polis.. piiirrrraaahhhh mabok!

Bos-bos gua nasihatkan pada gua tulis je surat tuh antara sebabnya, masa 14 hari dari tarikh surat telah tamat.. gua dah overdue.. eh, macam nak beranak plak.. haha.. gua pon pening, runsing, gelisah.. ada gak antara perkataan dalam surat tuh memetik perkataan 'Surcaj'.. ah.. giler.. siap buleh kena tindakan tatatertib lah gua macam nih.. padahal bukan silap dan salah gua pon.. gua takda kena mengena dalam ini cerita..

Alhamdulillah, sekarang gua tengah tunggu keputusan daripada sorang lagi bos gua sebab beliao bawak kes gua nih masok meeting dengan Timbalan Pengarah.. tengok TP buleh tolong tak.. gua harap, kira lepaskan je la problem gua.. apa ada hal.. tak muflis pon kerajaan kalao problem nih tak settle.. paling tidak pon, tukar kerajaan je.. hikhikhik..





Updated:

Petangnya, sebelum balek, gua dipanggil oleh TP. Dan keputusannya adalah seperti berikut:

TP: Takpa, Hafiz hantar je surat nih. Nanti kalao dia panggil, Hafiz bagitao saya.
Gua: (toing..toing..)
Boss: Hehe.. takpa, hantar je surat. Kita pakai back-up BESAR punya.
Gua lagi: Hahaha.. (Lepas ucap terimas kat TP, gua blah dengan hati yang riang..)

Sekian..

0 ketidak-puasan-hati: