Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Wednesday, September 2, 2009

Iftar di thistle

Semalam gua tak sempat nak update pasal citer gua berbuka puasa. Gua pon bukan suka sangat nak hebah-hebah cara gua berbuka puasa, lagipulak, takkan gua tak puasa plak kan?? Gua cuma nak citer pasal sesuatu yang jarang gua buat untuk berbuka puasa, contohnya gua jarang berbuka puasa kat luar rumah (maksud gua di sini bukanlah 'luar rumah seperti halaman rumah atau kaki lima rumah' ye incik).. tapi bila sekali sekala berbuka kat luar, tuh yang terasa nak meriakkan diri tuh.. bercerita sama lu orang.

Ok. Semalam gua berkesempatan join majlis berbuka puasa bersama-sama anggota unit gua di Thistle hotel (dulu Hyatt Hotel yang beroperasi). Bukan best apa pun. Cuma seronok jugaklah berbuka dengan geng-geng sambil mencuci mata di saat menjamu selera terhadap awek-awek di sekeliling gua termasuk cik adik cik adik pekerja hotel.. uishh... make-up tebal tak hingat.

Gua takmo citer panjang sangat. Cuma nak paparkan sekeping dua gambar buat tatapan lu orang yang sempat gua snap semalam (gua malu nak snap banyak-banyak, ramai orang tengok..malu abang!) haha..


Nih kurma Yusuf Taiyoob (sila sebut sebagaimana dalam iklan TV) sumbangan Bahagian Pengurusan Akademik. Tuh pon sebab gua dengan geng NetworkTeam standby meeting JKTS semalam, kalao tak, tak merasa nak makan Yusuf Taiyoob (sila sebut sebagaimana dalam iklan TV)

Nih dia juadah berbuka puasa kat Thistle. Bukan sedap mana pon. Gua tak terasa nak makan banyak sangat sebab terlampao banyak sangat pilihan makanan. Jelak plak gua tengok.. Maklomlah, buffet kan..nih pon ada yang tak abes nih.. gua amik siket, bos-bos gua amik sket. bila campor jadi banyak plak.

Yah.. desert. Gua tak perasan pon akan kewujudan aiskrim sebagai desert. Tapi gua terperasan lepas gua tengok bos gua makan aiskrim. Sekali gua amik tak hingat. EMPAT jenis perisa aiskrim. Kurang dua je, tu pon sebab gua malu. Ada akak dah standby belakang gua time gua tengah mencedok aiskrim. Isk, akak pon nak berebut makan aiskrim??
Lepas makan aiskrim, gua usha-usha desert lain. Hasilnya adalah seperti di atas.


ayat|tambah: kepada yang kurang tahu, IFTAR ertinya berbuka puasa.

0 ketidak-puasan-hati: