Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Wednesday, September 9, 2009

SURAT BERANTAI: Sila Baca dan Renungkan!

Soalan 1
Ustaz, saya ada menerimasurat berantai yang pada amnya mengajak kita
bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan
berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan sebanyak
20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan ustaz?

Soalan 2
Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai. Di
dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari
Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya
disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2
minggu. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu hajat atau
niat.. Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu
perkara yang buruk. Apakah hukumnya mempercayai surat ini?
Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan Photostat tetapi kini ia
diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AnNur dapat
memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya dapat edarkan
kepada rakan-rakan saya yang masih mengedarkan
risalah ini.


Jawapan

Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu.
Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat
ini mendakwa Sheik Ahmad bertemu Rasululllah ( s.a.w) dalam mimpi dan
memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai tablighnya.

Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida', Rasulullah
s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu"
yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun
selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat ini kah atau AlQuran?

Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20
keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan
dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara
tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT.

Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah. Sheik Ahmad yang dikira kuat
iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu, warak,
alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa
sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk memesongkan
aqidah umat Islam.

Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi
yang menceritakan tentang Sheik Ahmad yang kononnya bertemu
Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi satu statistik
yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada
cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang akan mati tanpa iman, apa
maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan

nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang
ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan, mendapat bala. Untuk meyakinkan
pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini adalah palsu. Untuk
menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula beberapa contoh yang
menjurus kepada perkara diatas.

Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma setahu
saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak
jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan
keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan
hal ini. Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah
sebegini.

Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah
menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah syaitan dapat
menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit, maka kita
teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan.. Syaitan akan
melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya memesongkan
aqidah kita.

Maka kita berjalan pula dimuka bumi Allah ini dan menceritakan pengalaman
kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya kedalam Internet.
Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat yang
percayakannya maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila, kerana
seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya disekolah rendah lagi dan
mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Dari Penerangan diatas
jelaslah mempercayai surat wasiat
tersebut adalah haram .

Wallahu'allam.

Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat berantai yang kononnya
dari Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah
didalam mimpinya, bacalah keterangan dibawah ini:-

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978
SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh
paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA
pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini
ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik
dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya
Mohamed Elias Skanbeg).

Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di
Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun
1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal
dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun .

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga
makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun
1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun
1881 hingga 1979.

Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque
Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),
anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy
(1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi
Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed
Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi
(1967-meninggal dunia 1979).

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi
bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di
hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah
menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang
kawannya.

Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi
Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana
bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis
Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja
menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh
murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu
terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini".


( Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).

Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di
Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh
Almarhum Sultan Idris Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978,
menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan
Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta
mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik
kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.".

Lagipun," surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran
baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah
kewafatan baginda".

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil
8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil
dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang
besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat
dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada
umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara
syirik dan khurafat.


Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan
boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar
si-pengirim" .



HENTIKAN MENGHANTAR EMAIL YANG BOLEH MENJADIKAN KITA SESAT TANPA
KITA SEDARI..INSAFLAH .SEMOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA KITA...


kredit: pn siti mariyam


ayat|tambah: bertaubatlah kepada yang mudah terpengaruh. Naseb gua tak amek port sangat surat berantai yang gua terima.. alhamdulillah.. moga iman gua akan diperkukuh dan dilindungi ALLAH hendaknya. amin~

3 ketidak-puasan-hati:

Qh!EeK@n said...

masih ader lai benda2 ni ek...

akupon dah tau dah pasal benda ni..n pernah gak dapat benda2 ni dr email.

pernah dulu aku dapat yg potostat mase time kerja..tah saper tah makluk 2 dtg2 letak kertas atas meja aku n terus bla..negok2 surat berantai...
siot tol..
then aku terus buang..then kwn aku kater asal buang nanti ko kena bala baru tau n siap cakap jgn bg kat die..huh punyer la dasyat mase tu..
until now takder peper yg aku rase mendtgkan bala pd aku..alhamdullillah..

betul semua ni kurafat..
selagi ader yg ikut slag itu la surat tu still ader sampai biler...
org kiter ni mudah terpengaruh..

s@yangh@sni said...

masih ader lagi orang yang buat dan percaya benda syirik gitu..

aku kalau dapat surat jenis gitu..
kalau dia kata nanti dapat ganjaran dimakbulkan doa ke aku buang jer..

tapi kalau dia suruh sebar sebagai ingatan dan pedoman buat yang membacanyer aku sebarkanlah..

AkuSiMisteri said...

niat surat tuh baik untuk berpesan-pesan.. tapi caranya pulak yang tak kena..