Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Monday, August 10, 2009

Tangis dalam tawa - updated

Sabtu lepas, gua sempat meluangkan masa meraikan majlis perkahwinan seorang member kelas gua...

Dah kawen da.. gua bila lagi? gua tunggu cikgu-cikgi untuk dipinang.. heh..

Boleh kata meriah gak lah kan.. heh, dalam majlis cenggini la dapat bertemu semula dengan kawan-kawan lama.. ceh, dulu takdanya.. haha.. dalam ramai-ramai kawan sekelas, cuma tiga LELAKI sahaja yang hadir termasuklah diri gua.. dah jadi macam anak dara plak gua dengan member gua sorang, dok dalam rumah pengantin.. ceh, keliling orang pompuan, cuma dua ketul lelaki je dalam rumah tuh.. haha, apa ada hal.. dalam malu-malu tuh, sejam setengah gak dok menangok dalam rumah..

Seronok gak la.. macam-macam cerita, dari kenangan dulu-dulu sampai perkembangan terkini termasoklah PERKEMBANGAN diri gua yang semakin mengembang.. apakah??

Dalam pada kegembiraan tersebut, tanpa gua sangka, kawan-kawan yang tak datang ada sebabnya.. sibuk dengan kerja dan sebagainya.. dan ada juga yang menangis ketika gua dan lain-lain bergembira meraikan majlis perkahwinan member gua..

Pagi tadi, gua ON henset gua yang memang gua sengaja tinggalkan kat opis.. Nombor lama gua.. Bila dah ON, gua tengok ada satu SMS.. gua baca dan gua sedikit terkejut.. ada perkhabaran dukacita..

Bapa kepada member gua telah kembali ke rahmatullah pada hari yang sama berlangsungnya majlis perkahwinan member gua.. patotlah beliao tidak dapat hadir.. gua agak terkedu dan terkejut.. dalam tawa rupanya ada tangis.. gua turut bersedih..

Tahniah gua ucapkan kepada member gua yang dah tukar status kepada 'Puan'..

Takziah gua sampaikan kepada member gua yang telah kehilangan ayahanda tercinta.. semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT..

0 ketidak-puasan-hati: