Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Thursday, August 27, 2009

Puasa?? Kerja tetap kerja!!

Minggu nih adalah minggu pertama bekerja dalam mood berpuasa.. betol..

Hari pertama, gua tak berapa nak sehat datang keja pasal perihal gua cirit-birit dan muntah-muntah pada puasa ke-2.. isk, tapi gua buleh control lagi.. dalam keadaan macam tuh, keja gua untuk minggu nih tertumpu hanya di satu tempat sahaja untuk menyelesaikan masalah network di beberapa kawasan sekitar kolej KDSE sampai ke kolej KDOJ.. isk..

Rasanya, besok pon still dok berkampong kat sana.. nak setelkan masalah, sampaikan bosses gua terpaksa turun padang nak setelkan masalah nih.. huish, betol.. complicated.. ini masalah paling mencabar.. dan alhamdulillah, sedikit demi sedikit, masalah tersebut berjaya diselesaikan dengan hasil usaha buah fikiran dan idea senior gua.. gua sikit tak berpikir.. pikir siket-siket je.. yang lebih senior gua tolong pikirkan.. hebat sungguh.. berbekalkan pengalaman..

Setakat hari ini, masalah dari KDSE ke PuLaU telah selesai.. tapi timbul pulak masalah baru bilamana vlan wifi tak dapat through ke KDOJ.. ah sudah!! hari nih betol-betol penat memikir masalahnya.. tak dapat kesan lagi punca masalah tersebut.. barulah petang tadi, dok bincang-bincang dengan software engineer 3com, Salmi.. ada lah suspek satu puncanya iatu Spanning Tree.. ah, gua dah blurr dah.. gua dah lupa apa jadah STP tuh.. terpaksa gua bukak buku balik kasi study menatang tuh.. isk..

So, esok mungkin misi KDOJ akan berlangsung dengan melakukan aktiviti yang agak berat iaitu memasang switch 3com 7700 menggantikan switch 3com 4400 FX.. isk, berat tuh.. letih..

Apa pun, minggu nih minggu yang busy sket tapi still gua ada masa provoke member-member kat fesbuk.. muahaha..

Selamat berpuasa semua!

yang di'sensored' itu adik praktikal bernama Fais atau bila dibahan menjadi Ishak.. gua pon tak tao mana dapat nama Ishak tuh.. heh..

0 ketidak-puasan-hati: