Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Friday, August 28, 2009

Malam 8

Malam nih malam ke-8 puasa kalao tak silap gua pasal gua tak pulak dok hari hari mengira berapa hari lagi nak raya..

Dan seperti yang gua jangkakan, jemaah tarawikh semakin berkurangan dari hari ke hari.. entah apa sebab musabab, gua kurang pasti. adakah disebabkan kepupusan nafsu untuk berjemaah? entah, itu kena tanya mereka..

Kalao malam pertama.. oopss.. sori, gua tak join jemaah malam pertama, cuma buat sendiri kat rumah.. malam kedua, konpem sangat ramai jemaah.. buleh dikatakan macam nak buat solat Jumaat dia punya ramai. laki+perempuan. sama naik.

Sampaikan gua nak parkir motor gua pon gua selit-selit je celah kereta. penuh punya hal. tapi, malam nih gua rasa motor gua gumbira dengan tindakan gua kerana berjaya parkir beliao dengan keselesaan kerana kurang kenderaan.

Inilah hakikat. bukan gua nak main-main. ini suma kenyataan. hangat-hangat najis ayam. malam pertama sampailah ke malam yang tak berapa nak malam sangat je ramainya jemaah. dan gua sedikit berkeyakinan berdasarkan pengalaman-pengalaman gua sebelum ini, konpem hampir ke malam akhir ramadhan, masjid/surao bakal tinggal pak imam dengan bilal je. ok, gua tipu. takkan tinggal dua orang je kot. maksud gua, cuma tinggal dua/tiga saf je.

Ini hakikat! moga gua kekal berjemaah sampai malam terakhir. amin

0 ketidak-puasan-hati: