Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Thursday, August 20, 2009

Kembali

Okies.. setat dari gua balek daripada kursus kenegaraan, gua tak sempat nak buat apa-apa kat blog gua selain terus mem'provoke' pengantin baru yang baru je kawen iaitu member gua..

Gua jugak tak sempat nak corat coret citer kenangan gua kat sana, dan yang pasti gua MUNGKIN takkan cerita pasal citer tuh suma dah nak basi.. gua citer siket je la..

5 HARI gua dikuarantin.. SUNGGUH! LANGSUNG tak amik tahu hal ehwal dunia luar.. itupon ada lah dua-tiga khabar yang berlaku seluruh negara dihebah oleh incik jurulatih.. antaranya tentang kembalinya insan yang gua sangat hormati dalam dunia seni dan dakwah walau sebenarnya gua langsung tiada sebarang kaitan dengan dunia seni tersebut.. perihal kembalinya Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim, iaitu vokalis utama kumpulan Rabbani..

Gua betol-betol terkejut dengan berita tersebut.. berita tersebut dihebahkan pada pagi Jumaat tatkala gua serta peserta lain sedang berlagak kawad di padang kawad.. SEDIH! betol! gua betol-betol kesedihan.. macam tak percaya, tapi itu hakikatnya! Masuk ke dewan untuk mendengar ceramah, pemikiran gua melayang jaoh mengenang naseb idop gua nih.. berapa lama je gua dapat hidop.. entah sempat ke tidak gua nak merasa alam rumahtangga.. tetiba suma tuh berlegar dalam kepala otak gua.. betol, gua tak tipu! tipu itu DOSA!

Selain perkhabaran tersebut, gua langsung tak tahu menahu tentang perihal dunia luar.. betol-betol kena kuarantin.. tapi, hidop gua 5 hari kat sana sungguh best serta awesome! memang best.. betol, gua tak tipu.. kalao tak percaya, silalah daftarkan diri kamo untuk menyertai kursus kenegaraan.. 5 hari mereka nak mendidik nilai-nilai patriotisme dalam diri gua, dan MUNGKIN usaha mereka berjaya.. tapi tak buleh nak kata 100% usaha mereka itu berjaya.. buktinya, tiada sebarang bentuk bendera atau jalur gemilang yang gua sematkan samada di rumah, pejabat mahupun sekitar kereta gua.. tinggal berapa hari je lagi nak MERDEKA.. tapi, mungkin jugak gua akan buat semua tuh dalam masa terdekat..

Okies, gua taknak citer panjang.. gua sebenarnya nak melahirkan perasaan sedih gua je ke atas pemergian Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim menyahut seruan Ilahi.. tuh je motif utama gua.. dikesempatan ini, gua nak ucapkan Salam Takziah buat keluarga Allahyarham, ahli kumpulan Rabbani dan semua peminat kumpulan Rabbani atas pemergian seorang insan yang dikasihi.. gua dengar, banyak penghargaan yang diterima Allahyarham sebelum dan selepas urusan pengebumiannya.. Alhamdulillah, berbuat baik dibalas baik.. semuanya atas keberkatan limpahan ALLAH.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para syuhada dan orang-orang yang beriman.. Amin..

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi



ayat|tambah: Salam Takziah.. terngiang lirik lagu di atas..

2 ketidak-puasan-hati:

mRs.jUkoGYu said...

suke dgr takbir raye dr arwah

AkuSiMisteri said...

sama lah.. sedih gua..~