Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Monday, August 3, 2009

Demonstrasi

Gua bukak topik baru hari nih.. bukan gua nak bercerita pasal politik, cuma nak komen sikit perihal ehwal semasa..


Sebagaimana yang lu orang sedia maklom atau langsung tak maklom, Sabtu lepas telah berlaku satu perarakan demonstrasi oleh Gerakan Memansuhkan ISA (GMI) di Kuala Lumpur.. gua tengok berita, kecoh satu KL..

Apa yang gua nak komen kat sini, apa gunanya berdemonstrasi? Nak tunjukkan ke'demokrasi'an ke? Of course Malaysia mengamalkan prinsip demokrasi, tapi perlu ke nak dapatkan demokrasi tuh melalui demonstrasi..? Banyak akibatnya yang gua nampak, bukan pada yang join perarakan, yang tak join pon kena sama..

Antara yang buat gua pikir betapa ramainya yang join perarakan tuh suma tak berpikir panjang.. main redah je join perarakan.. tengok orang gerak ramai-ramai, eh diorang pon ikot sama.. entah tau ke tidak tujuan perarakan tuh.. main redah je.. menyusahkan orang lain.. kesian gua tengok para peniaga yang kerugian terpaksa tutup kedai in fact menanggung kerugian terhadap aset perniagaan mereka.. cuba lu orang (yang join perarakan) pikir siket.. lu orang nak salahkan sapa? lu orang takkan salahkan diri lu orang.. of course lu orang salahkan gomen dengan pihak berkuasa..

Bukanlah niat gua nak sokong mana-mana pihak even gua adalah kakitangan gomen dan adik serta bapak gua merupakan pihak berkuasa, tapi gua tak suka tengok Malaysia mula jadi macam Indonesia, Thailand dan macam-macam negara lain yang suka berarak tanpa sebab dan menguntungkan hanya pada satu pihak je.. pikir-pikirkan la.. pada gua ISA tuh bagus cuma perlukan beberapa pindaan untuk membaik-pulih sistem perlaksanaannya.. bukan dihapuskan terus..

INGAT! kita orang Melayu.. tanpa ISA, keistimewaan kita sedikit sebanyak terganggu.. sukalah bangsa asing! yang berarak tuh pon orang Melayu.. sedih gua tengok Melayu.. macam LALANG!


ayat|tambah: gua bukan pro mana-mana pihak, cuma gua berpegang pada mana yang HAK!

2 ketidak-puasan-hati:

Qh!EeK@n said...

salam...

aku sokong anda...

aku yg dok kl ni lg la...
adik aku yg kerja dekat area sogo 2 pon terkena gas pemedeh mater tu...
sian die...
suker sgt buat kat tempat awam...
g la buat kat stadium..
tak la menyusahkan org lai...

AkuSiMisteri said...

erk.. gas pemedih mata tuh pedih tak?