Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Thursday, July 30, 2009

Skema berprosedur

Hari nih gua cuti.. saja-saja cuti-cuti Malaysia..


Dalam perancangan hari ini, gua cadang nak pegi servis awex gua, tapi gua dah buat hujung minggu lepas.. seterusnya, perancangannya ialah pegi tukar KPT (Kad Pengenalan Bermutu Tinggi) yang macam harem.. KPT gua hancur giler.. gua buat KPT a.k.a MyKad nih masa mula-mula dilancarkan tak silap gua tahun 2001 kot.. dalam tahun 2002, KPT gua hancur giler sampai la ke hujung tahun lepas bilamana KPT gua terbelah dua.. HEBAT!

Begitu hebat Kad Pengenalan Bermutu Tinggi! Gua rancang dah lama nak tukar KPT baru, tapi tak berkesempatan.. baru hari nih gua dapat tunaikan impian gua..


Urusan hari nih sungguh mudah dan 'agak' cepat.. awex yang jaga kaunter pon buleh tahan sampaikan beliao telah 'membatalkan' wuduk gua sebab bersentuhan kulit jarinya dengan jari gua bilamana beliao suruh gua buat thumb-scan.. haha.. sungguh lembut jarinya.. halus kulitnya.. muahaha... gegel sekejap gua..

Setel urusan KPT, member gua ajak buat akaun ASB.. gua pon berminat nak buat.. so, gua ikot beliao ke pejabat pos.. sampai kaunter, gua ingat nak daftar SPR skali pasal umor gua dah nak expired tapi masih tak daftar SPR lagi... so, bila nak buat tuh, antara dokumen yang diperlukan adalah kad pengenalan.. gua tunjuk kat makcik kaunter tuh, tapi beliao decline permohonan gua sebab gua takda kad pengenalan original! apa kes?

Tadi gua buat urusan tukar KPT, mamat kaunter siap bagi gua salinan sementara, takkan tak buleh guna..? makcik tersebut tetap enggan menerima permohonan gua! memang buat gua hangin giler.. gua sound direct, "Takkan tak boleh guna salinan sementara, kak? So, apa guna diorang bagi salinan sementara!?" lepas gua sound gua teros blah tinggalkan member gua sorang-sorang berurusan.. bengang giler gua dengan makcik tuh..

Kok ye ikut protokol ke, prosedur ke.. tak payah sampai nak skema sangat.. bukan nak buat apa pun, cuma nak verified je kan.. so, apa salah guna salinan sementara.. bukan takda nombor KP gua pon.. gua bukannya pemegang kad pengenalan merah! betol-betol gua hangin dengan makcik tuh.. terus gua taknak memandang muka beliao yang gebu dan masam tersebut.. tak reti nak senyum.. patotlah keja kat pejabat pos, kaunter pon buruk... muka masam pagi-pagi, rezeki tak masok tau!


Gua blah dan teros pegi kat parking motor sambil hisap rokok disamping memaki hamun tindakan skema makcik tersebut di dalam hati..


Skema pon ikotlah keadaan makcik! Timbangrasa dalam kerja.. bijak uruskan situasi.. nih skema buta!

4 ketidak-puasan-hati:

Unknown said...

ahahahahha..anda ni slalu ada prob ngn makcik.tapi sies makcik tu kerek,karat,kekwat.
(wa pnh kne gak,,mmndangkn i/c wa dh xdapat pakai.dijirus dek air masen.,digonggong dek hanjen liar)
len kali ambil KP smntara tu tampal dedabak kat muka die.kalo xpaham gak ko tolong wat surat resign tuk dia then kasi kt D.O post opis.tak pon ko pegi bakar kete bliaw.

asl wa lak emo??hurmmmmm..

penulis.tidak.bernama said...

jenayah yang lu suruh gua buat nih terlampao rebel.. bakar keta adalah satu kes jenayah berat..

ikot nafsu serakah gua, gua culik je beliao dan mintak wang tebusan daripada jiran belakang umah beliao je.. tak berapa berat sangat jenayah nih..

M!zZ Qh!EeK@n said...

hebat KPT leh terbelah 2..aper rahsia anda..hehehehe...
ow baru ingat aku tak daftar SPR lai huhuhu.

penulis.tidak.bernama said...

rahsianya adalah terjun ke dalam air terjun bersama dompet yang disertai oleh KPT.. pasti berjaya..