Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Wednesday, July 29, 2009

Provokasi

Gua lepak giler arini.. bukan sebab apa, sebabnya hanyalah atas dasar provokasi tanpa disedari..

Disebabkan 'kelancangan' gua menolak report yang diserahkan kepada gua, boss gua 'agak' bertekak dengan seseorang untuk menegakkan benang gua yang basah.. apa kes? tak pasal-pasal boss gua kena 'tiaw' mentah-mentah.. naseb boss gua nih rebel siket orangnya.. dibalas balek..

Cuma yang buat gua tak sedap hati, boss gua yang kena.. bukan gua.. sori la boss..

Ceritanya begini:

Awal minggu nih gua ada terima tugasan yang diagih kepada gua untuk diselesaikan di sebuah kolej perempuan (tempat sedara).. arakian, kolej tersebut tidaklah pula dilengkapi perkhidmatan internet berwayar keseluruhannya.. tapi hanya pelajar antarabangsa saja yang beroleh perkhidmatan tersebut.. walaubagaimanapun, pelajar tempatan bakal menerima perkhidmatan yang sama tidak lama lagi.. hal ini diselesaikan berperingkat-peringkat bagi 4 buah blok di 4 buah kolej.. hanya 4 blok ini sahaja! blok lain semua tiada masalah..

Dijadikan cerita, report yang gua terima adalah dari sebuah bilik yang dilaporkan dihuni oleh pelajar tempatan.. dengan pantas gua terus tolak report tuh sebab dalam fikiran gua, hanya pelajar antarabangsa saja yang mendapat perkhidmatan internet bagi blok berkenaan sama seperti 2 blok lain yang sama tetapi berbeza kolej..

Bila gua dah tolak, gua siap bagi alasan kenapa gua tolak:

Internet connection di blok H**, K** untuk pelajar antarabangsa telah disambungkan. Untuk pelajar tempatan masih dalam tindakan kerana kekurangan device seperti switches.
Takkan pihak kolej tak maklum lagi tentang perkara ini?


p/s: rasanya yang lapor nih pelajar tempatan



gua buat ayat seperti di atas yang mana bos gua siap copy-paste ayat yang sama.. jadi orang yang 'berkuasa' di kolej tersebut pon macam hangin dengan ayat gua itu.. macam tak puas hati la.. so, dia teros call boss gua mintak penjelasan! tak puas hati dengan ayat gua, sound gua la.. tau la gua nak sound balek.. apsal melenting kat boss gua..

Ini yang gua panggil provokasi.. kolej cik puan nih memang SANGAT bermasalah dengan NetworkTeam.. ada je yang tak kena.. yang gua pelik, kolej dia je.. kolej lain suma ok dan memahami masalah-masalah yang kami hadapi..

Hello makcik! Tolong timbangrasa sikit.. apa kata makcik ikot kitorang buat keja.. kasi tengok apa perasaan makcik.. jangan sampai meleleh air mata tengok susah-senang kami buat keja.. panas-hujan kami redah semata-mata nak tolong selesaikan masalah network sekitar kampus dan kolej kediaman.. makcik bolehlah, keja dalam opis.. air-cond puspus tiup kat makcik.. kami nih? sapa suruh makcik berjanji itu-ini dengan pelajar..? bila apa yang dijanji tak dapat ditepati, kami ke yang nak dijadikan mangsa? pikir lah sikit..

Jadi, kesimpulannya, topik perbualan hari ini adalah berkaitan masalah makcik ini yang menerima bukan pujian, tapi makian yang jika dilempar kepada tenuk merah, boleh terpanggang kepanasan encik tenuk... terima kasih!

3 ketidak-puasan-hati:

clarabella said...

ahaks!sgt emo..hahaha

alaaa..bliaw "makcik" kasi can la..umo da menengkat ni mcm2 la..haha

clarabella said...

ahaks!sgt emo..hahaha

alaaa..bliaw "makcik" kasi can la..umo da menengkat ni mcm2 la..haha

AkuSiMisteri said...

menengkat ke menuron ke.. pedulik hapa.. kebengangan harus diutarakan.. ketidakpuasanhati harus diluahkan.. kebasahanbenang harus ditegakkan!