Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Sunday, July 5, 2009

Denggi

Gua tak tau mana silapnya.. baru pagi tadi bergotong-royong.. petang nih dah buat semburan asap plak.. haduss.. hangin gak gua kadang-kadang dengan Jabatan Kesihatan atau Majlis Bandaraya.. betol..


Dah lah bagi pengumuman nak buat semburan dah petang.. tak sampai 15 minit bagi pengumuman gua dengar enjin dah start.. haduss.. gabra gua.. time tuh plak gua tengah solat Asar.. naseb dah rakaat akhir.. kelabut gak la gua abeskan rakaat.. tak sempat doa.. - emergency, ALLAH Maha Mengetahui, Maha Pengampun.. gua tinggal sorang plak tuh kat rumah, seisi rumah keluar pegi KipMart.. tinggallah gua kelabut nak tutup mana-mana makanan yang ternganga.. pulak tuh mak gua baru masak sambal tempoyak.. adei.. kelabut gua.. serius..


Dengan nak angkat baju yang bersidai lagi.. nak selamatkan Itam - arnab peliharaan mak gua gua lagi.. isk.. mana sempat tuh.. kelabut gua dibuatnya.. ditambah plak, tengah hujan.. memang hangin gak gua tadi dengan diorang nih.. kok ye nak menyembur pon, announce/notice la awal-awal.. apsal pagi tadi masa gotong-royong sesama tak bagitau.. harem betol... bengang gua.. dalam dua minggu nih, dah 3 kali buat semburan.. betol-betol black area tempat gua nih.. isk.. nih suma angkara askar jepun punya kebun agaknya..


ayat|tambah: naseb gua tak turun pakai kain gombang je tadi.. EMERGENCY!

0 ketidak-puasan-hati: