Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Sunday, June 14, 2009

Sedikit tips

Kepada lu orang yang sungguh tegar menggunakan laptop/notebook sebagai nyawa lu orang, gua nak bagi sikit tips untuk lu orang gunapakai demi kebaikan lu orang sendiri dan juga keharmonian 'poket' lu orang.



Gua tau.. walau gua tak pernah memiliki laptop/notebook tapi gua tau lu orang yang memilikinya sungguh galak dan tegar bila menggunakan menatang tuh. Lebih-lebih lagi kalau lu orang dah upgrade status lu orang sebagai blogger tegar.



Sini gua nak bagi sedikit tips yang tak seberapa yang gua nak kongsi sama lu orang tentang penggunaan laptop/notebook.


1. Ramai yang kurang sedar akan hakikat perkara ini. Tahukah lu orang, laptop/notebook lu orang sangat sensitif? Dah lah mahal! Adakah laptop/notebook lu orang selalu kerosakan/kejahanaman bateri? Kalau ya, tahukah lu orang puncanya?

Daripada observation yang gua lakukan secara tak rasmi, gua perhatikan sungguh ramai pengguna laptop/notebook yang bila kehabisan bateri, terus menggunakan aliran elektrik secara terus ke laptop/notebook. BetoL! Tidak salah. Tapi, adakah lu orang menanggalkan bateri semasa menggunakan direct electric?


Antara punca kerosakan bateri ialah tabiat seperti di atas yang tidak menanggalkannya dari laptop/notebook semasa penggunaan elektrik secara terus. Jadi, tips gua untuk lu orang ialah, tanggalkan bateri semasa menggunakan elektrik secara terus. Bateri hanyalah sebagai alternatif sekiranya tiada arus elektrik untuk digunakan. Selain itu, jangan cas bateri terlalu lama kerana berpotensi untuk menyebabkan litar-litar mainboard cair sekaligus menjahanamkan keseluruhan laptop/notebook.


2. Tips lain. Kalau lu orang tengok langit/cuaca mendung dan berpotensi untuk hujan/petir/kilat, janganlah guna direct electric semasa menggunakan laptop/notebook. Gua banyak menerima aduan daripada pengguna laptop/notebook yang mana skrin laptop/notebook mereka tidak menyala/hidup/berfungsi bila dihidupkan selepas terkena sambaran petir/kilat daripada punca elektrik. Untuk makluman lu orang, berkemungkinan petir/kilat yang menyambar arus elektrik telah mencairkan litar-litar mainboard atau secara langsung membakar board skrin laptop/notebook tersebut.

Selain sambaran petir/kilat melalui arus elektrik, petir/kilat juga bisa menyambar talian telefon dan sekaligus boleh menyebabkan modem terbakar dan secara tak langsung memberi kesan pada PC/laptop/notebook.


3. Lain tips. Hard disk (HDD) laptop/notebook juga sungguh SENSITIF. Jangan sesekali membuat laptop/notebook terhentak dengan kuat secara sengaja atau sebaliknya. Hentakan pada mana-mana bahagian laptop/notebook buleh memberi impak yang sangat besar kepada HDD. Hentakan tersebut buleh menyebabkan HDD gagal berfungsi dan menjadi punca kehilangan pelbagai data-data yang disimpan dalam HDD seperti koleksi citer lucah, video/filem/movie, dokumen-dokumen, muzik dsb. Jadi, berhati-hati mengelolakan laptop/notebook.



Kesimpulan yang gua nak simpulkan hingga terbelit di sini ialah, jagalah laptop/notebook itu dengan baik kerana harganya mahal. Gua sendiri tak pernah memiliki laptop/notebook. Gua tak mampu. So, diharap lu orang menjaga dengan rapi kerana kebanyakan alat gantian laptop/notebook sangat mahal dan harganya lebih kurang dengan harga sebuah laptop/notebook BARU!



ayat|tambah: gua tak buleh tolong apa-apa untuk repair laptop/notebook sebab sangat kompleks.. bukan shopping complex atau kompleks sukan Bukit Jalil la sengal!

0 ketidak-puasan-hati: