Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Saturday, May 30, 2009

FA Cup Final: Chelsea the Champ

Chelsea membuktikan kehebatan ke atas Everton di Stadium Wembley. Menewaskan Everton 2-1 sepanjang 94 minit perlawanan.


Kronologi gol perlawanan akhir piala FA: Chelsea vs Everton

1. Louis Saha membuka jaringan seawal kurang seminit sepak mula menyaksikan Everton mendahului perlawanan.

2. Chelsea menyamakan kedudukan pada minit 21 menerusi tandukan Didier Drogba hasil hantaran lintang Florent Malouda.

3. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan kekal 1-1.

4. Chelsea mengatasi jaringan 2-1 menerusi rembatan dari luar kotak penalti oleh Frank Lampard pada minit 71.

5. Rembatan kencang Florent Malouda menggegarkan palang gawang Everton dan bola dilihat mendarat di dalam kawasan gawang tetapi dinafikan pengadil, Howard Webb.

6. Perlawanan tamat setelah 4 minit masa tambahan selepas 90 minit dengan kedudukan kekal 2-1 menjulang Chelsea selaku juara piala FA.

7. Sekurang-kurangnya 4 kad kuning dilayangkan sepanjang perlawanan: 2 Everton - 2 Chelsea


Man of the match: - pilihan gua!

Florent Malouda

ayat|tambah: kalao ikutkan 3-1.. tapi linesman macam sengal.. tak perati betol betol rembatan Malouda

tambah|ayat|lagi: gua still tak puas hati match Chelsea vs Barcelona - UEFA Champions League Semi Final!

2 ketidak-puasan-hati:

Anonymous said...

nak buat cane bola Malouda cecah gol kurang dari 60saat. hee ;) papepn ske ati da mng! ;)

penulis.tidak.bernama said...

uhh...tak puas hati...patot kira gol!