Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Monday, May 11, 2009

Dilema peningkatan kerjaya

Gua rasa macam dah sampai masanya untuk gua meningkatkan tahap kerjaya gua. Tapi gua masih belum berkeyakinan untuk melangkah lebih tinggi daripada apa yang sedang gua kecapi sekarang. Walau hakikatnya sebelum ini, gua bercita cita untuk sampai pada tahap tersebut.

Nak dijadikan cerita, peluang untuk gua meningkatkan tahap kerjaya gua sedang di depan mata gua. Apa gua nak buat? Gua dalam dilema siot. Terasa macam nak sauk je peluang tuh, tapi konpem dapat ke? Andai kata rezeki gua, dan gua berjaya meningkatkan tahap kerjaya gua itu, mampu ke gua nak melaksanakan kerja gua tersebut?

Gua rasa, gua masih sayang pada kumpulan kerja gua. Gua baru nak menyayangi persekitaran kerja gua. Gua baru nak merasai nikmat bekerja sesuka hati. Kalau gua grab peluang tuh, ada ke peluang gua macam sekarang nih? - keluar sarap jam 9 pagi sampai 10 pagi, tengahari pegi Gym, petang langsung tak buat kerja.

Dapatkah gua merasai benda nih semua kalao gua grab peluang nih? Gua dalam dilema sekarang. Tapi kalao gua berjaya meningkatkan kerjaya gua, peluang gua nak further study adalah tinggi. Mungkin ke London? Jepun? Dilema...dilema...apa gua kena buat? Ke gua kena kawen dulu baru tingkatkan kerjaya gua???

Lu orang tolong lah pikirkan untuk gua.



ayat|tambah: gua rasa gua perlu/layak untuk dipanggil 'Encik'!

0 ketidak-puasan-hati: