Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Monday, May 25, 2009

Antara Gua dengan Wolverine

Gua tak berkesempatan nak pegi panggung wayang sebenarnya, bukan lifestyle gua melepak kat panggung wayang pon untuk menonton filem X-Men Origin: Wolverine.

Walaupun gua tak suka lepak panggung wayang, gua tetap suka mencuri muatturun filem filem yang baru keluar panggung. Barulah tadi gua berkesempatan menonton filem tersebut.

Sepanjang gua menonton filem tersebut dan mengamati jalan ceritanya, gua tertanya tanya tentang satu hal. Gua yakin! Setelah gua kaji, selidik, usha, riki dan sebagainya, akhirnya gua dah dapat jawapannya...









Rupa rupanya, gua dengan Wolverine saling tak tumpah. Hahaha..perangai, kehenseman, kemachoan, kebaikan-hatian, ketakutan pada ketinggian, panas baran, dan sebagainya.


So, gua nak simpulkan di sini bahawasanya, gua yang MiSTERi ini buleh dinilai melalui keperibadian Wolverine. Kalao lu orang nak sangat tengok/kenal gua, lu orang buleh tengok Wolverine. Sebijik macam gua. Haha


Gua yakin dan pasti, si Stan Lee mereka-cipta karektor Wolverine setelah mengkaji sifat-sifat luarbiasa yang ada pada gua. Hahaha...


Tak percaya? Bagus, sebab gua TIPU!

0 ketidak-puasan-hati: