Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Saturday, April 25, 2009

Zaman dulu dulu 4 - Permainan

Tengok citer Upin & Ipin tadi buat gua teringat zaman dulu dulu masa gua muda kecik kecik. Gua tengok tadi, dalam Upin & Ipin, diorang main batang aiskrim yang kayu tuh. Heh, masa gua di ambang kegemilangan masa zaman kecik kecik dulu, permainan tu la antaranya.

Selalunya, bila gua dan kawan kawan beli aiskrim ala ala peddle-pop yang ada batang kayu tuh, gua dan rakan rakan akan simpan untuk dilagakan. Ya, sama gak macam yang ditunjukkan dalam citer Upin & Ipin tuh. Siap gosok kayu tuh kat lantai kasi nipis, asah pangkal dan hulunya bagi tajam dan macam macam lagi. Ada gak kitorang melukis macam macam atas batang aiskrim tuh. Lepas tuh, kitorang kumpul kat balkoni/kaki lima rumah sesiapa - gua tinggal kat flat, lepas tuh kitorang akan bertarung la. Tepuk tepuk atas lantai, angin dari tepukan tu akan melayangkan batang kayu tuh dan kalau menindih batang kayu pihak lawan, kira menang la. Dan ganjarannya, yang kalah tuh kena bagi batang kayu yang dipertaruhkan. Haha...memang best time tuh. Memang berlambak lah koleksi batang kayu tuh.

Sama gak cara main dengan kad ala ala daun terup, tapi kadnya kecik la dan ada gambar macam macam - otromen la, power rangers la, dll.

Cara mainnya, katakan ada tiga orang. Setiap seorang pertaruhkan 10 keping kad, so akan jadi 30 keping. Susun 30 keping tersebut bertimbun dan tepuk tangan atas lantai. Berapa banyak kad yang terlungkup, itulah hak kemenangan. Haha..tuh pon permainan yang best gak..

Permainan lain yang gua biasa main: sembunyi ibu - main sorok sorok, police sentry, baling selipar, rounders, belon acah - ye ke eja macam nih?

Itu antara permainan gua dan rakan rakan di masa lapang musim cuti sekolah atau sabtu dan ahad. Nak main hari sekolah biasa, tak sempat sebab pagi sekolah kebangsaan, petang plak pegi sekolah agama. Nak main malam? Huh, kalau nak kena tempik dengan mak gua, cuba la.

Ok, cukup dulu preview untuk kali nih. Lain kali gua update lagi.

0 ketidak-puasan-hati: