Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Sunday, April 19, 2009

Zaman dulu dulu 3 - Dragon Ball

Seingat aku, kalau tak silap setiap hari Sabtu dan Ahad jam 9 pagi di TV2 (RTM) aku dan adik aku selalu terpacak depan kaca tv menanti siri animasi hebat dari Jepun iaitu Dragon Ball.

Dari komik bawak kepada anime. Memang tak jemu. Kalau ditanya balik pada anak anak zaman sekarang, mungkin ada yang tak pernah pun tengok Dragon Ball. Seingat aku juga, Dragon Ball mula popular di Malaysia sekitar hujung '90an.

Sanggup kumpul duit nak beli komik Dragon Ball yang berharga RM3.90 senaskhah. Kalau tak mampu, kadang kadang pinjam daripada kawan kawan yang ada. Memang seronok mengikuti perkembangan jalan cerita Dragon Ball.

Dari zaman si Goku kecik sampai lah mati dua tiga kali. Sampai beranak pinak jugaklah - Gohan, Goten.

Tapi, itu zaman aku dulu. Zaman sekarang, budak budak pun dah kurang tengok animasi. Kalau tengok pon, animasi Naruto dan Bleach. Tapi, anime tuh bukan popular dikalangan anak anak zaman sekarang, tapi bapak bapak budak zaman sekarang. Heh, macam aku gak la.

Dan untuk mengimbau kembali zaman kegemilangan Dragon Ball, aku telah berjaya mengumpul semua episod Dragon Ball dari Goku kecik sampailah pertarungan dengan Majin Buu.

Heh, sangat seronok. Kadang kadang terasa kehidupan Dragon Ball memang betul betul berlaku.

Goku - Bezita - Gohan - Pikor - Kurin - Gohan - Goten - Trunks - Bulma - Cici - ramai lagi
Fliza - Cell - Majin Buu


notakaki: "..Dragon Ball ada 7 biji semuanya..."


FAKTA: sehingga artikel ini diterbitkan, aku masih lagi menonton Dragon Ball, Naruto dan Bleach. Anime Jepun memang terbaik berbanding kartun omputih!


0 ketidak-puasan-hati: