Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Thursday, April 16, 2009

Zaman dulu dulu 1 - Saya nak jadi Ultraman

Masa kecik kecik dulu (zaman jahiliyah), macam macam bentuk hero yang kita tengok seperti Thundercats, Spiderman, Batman, Fantastic 4 dan sebagainya. Itu antara superhero yang dicipta oleh barat. Namun, hero dari timur iaitu Jepun tak kurang hebatnya macam CyberCops, Kamen Rider (dlm bahasa Melayu: Kesatria Baja Hitam), Maskman (diterjemah sebagai Power Rangers), Ultraman dan banyak lagi.

Untuk episod kali ini, aku tergerak nak berkongsi sedikit sebanyak tentang aku dan ultraman. Hoh, dulu masa kecik kecik, bila tengok cerita ultraman, ada sekumpulan manusia nih bekerja macam askar khas di Jepun. Bila muncul resaksa, maka muncullah ultraman dan ultraman itu sendiri dari kalangan si askar askar khas itu.

Bila tengok cerita tuh, aku (bukan aku je, kamu kamu pun mesti macam nih gak) terus pendam cita cita untuk bekerja macam diorang dengan harapan aku boleh jadi ultraman. Heh, biasanya, lepas habis menonton cerita ultraman, aku dengan adik aku selalu bergusti menjadi ultraman. Masing masing nak jadi ultraman yang kuat.

Seingat aku, ultraman masa zaman aku (kita) dulu, antaranya ultraman Seven, Ace, Leo, dan wujud pulak 'bapak ultraman', 'mak ultraman' dan 'datuk ultraman'. Itu saja yang wujud dulu. Tapi sekarang dah macam macam. Ada Tiga lah, Gaia, Dyna, Mebius dan macam macam lagi. Satu yang buat aku pelik, diorang nih tak ke perasan konsep ceritanya sama iaitu ultraman adalah dari kalangan si askar askar khas.

Pelik juga kekadang bila pikir tentang ultraman nih. Tapi, semalam selepas menonton "Superior Ultraman 8 Brothers (大決戦!超ウルトラ8兄弟 Daikessen! Chō Urutora Hachi Kyōdai" baru aku tahu rupanya, dunia realiti dengan dunia ultraman berbeza. Heh, dah namanya pon fantasi kan. Tapi, cerita nih memang best sebab berjaya kumpulkan otai otai ultraman mcm Ace, Seven, Jack dan Ultraman pertama.

Apa apa pun, dunia masa aku (kita) kecik adalah satu dunia yang indah walau masa kita kecik kecik takdalah nak berangan beli handset macam bebudak la nih.

Antara watak watak Ultraman dalam SUPERIOR ULTRAMAN 8 BROTHERS

Antara ultraman mula mula dulu sekitar tahun '70an - '80an


Antara watak watak Ultraman yang baru sekitar tahun 2000 hingga kini

bersambung...




notakaki: serius! aku memang bercita cita nak jadi ultraman atau power rangers.


FAKTA: sehingga artikel ini diterbitkan, aku masih meminati/menonton rancangan power rangers, ultraman, kamen rider dan macam2 hero lagi. Cuma kureng sket dengan hero hero baru macam Tiga, Gaia, Kamen Rider entah apa entah.

0 ketidak-puasan-hati: