Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Saturday, April 18, 2009

Hari ini hari Sabtu

Boring sungguh di hari Sabtu..Walhal, hari Sabtu dan Ahad adalah hari hari yang aku sangat sangat nantikan setiap hujung minggu.

Hari ini banyak masa aku terhabis dengan menonton Dragon Ball Z. Hoh, tengok banyak banyak pon, bosan jugak. Ingat nak jalan jalan perabis duit, tapi takda kaki plak - maksud di sini ialah kawan kawan, saya seorang yang cukup sifat...terima kasih

Ada satu perkara yang dari hari ke hari, bawak ke minggu, forward ke bulan tapi tak tercapai lagi. Apa dia? Yeah, aku nak membeli sebuah set speaker. Tapi sampai sekarang tak tertunai impian aku tersebut. Kenapa? Yeah, kerana kemalasan aku yang terus menyelubungi diri ini. Argghh...kalau nak diikutkan memang banyak yang nak dibeli, tapi apakan daya..pendapatan tak berapa mencukupi..Cukup untuk tekak sendiri je.

Rokok dari sebatang ke sebatang aku sedut asapnya. Kebosanan aku tetap tidak menghilang bahkan semakin bertambah! Apa perlu aku buat??? Kalau ada awek, best jugak. Bolehlah menghabiskan masa bersama. Ewah....menghabiskan masa eik? Duit pon boleh habis gak..

Aaaa...aaa...aku nak pegi mencari punca penyelesaian terhadap kebosanan aku pada hari ini. Mungkin aku akan menyanyi barang se-lagu dua demi menyahkan tahap kebosanan aku ini yang sudah sampai kepada peringkat pertapaan Hang Tuah!


Ok...chilll

notakaki: bosan itu adalah bosan. Tidow pon bosan, makan pon bosan. Ada cara untuk hilang bosan? yeah...banyakkan beribadah, zikir ingat ALLAH! Terima Kasih...

0 ketidak-puasan-hati: