Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Thursday, April 30, 2009

Kisah gambar 1 - Kerja kerja kerja

Seperti yang gua pernah wartakan, gua nak bercerita sikit tentang perihal berkeping gambar dalam koleksi hp gua untuk tatapan kamu kamu semua:

<-- Gambar di sebelah adalah gambar ketika gua bersama sama senior senior gua standby di balai cerap untuk Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif. Gambar dirakam oleh gua sendiri di atas balai cerap yang membolehkan gua melihat pemandangan di sekitar UTM.
Tujuan gua memanjat bangunan (roof-top) ini adalah kerana wi-fi bridging signal tak diterima oleh access point yang menyebabkan tiada sebarang internet connection. So, terpaksalah gua bersama sama senior gua memanjat ke atas bangunan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan menggodeh antena. Tapi kalau dapat kamu kamu lihat, senior senior gua sedang menikmati pemandangan flora dari balai cerap sambil tidak mengendahkan antena yang patut diselenggara - termasuklah diri gua. Di ketika sedang menikmati pemandangan, Dato' NC sedang bermesyuarat di bilik mesyuarat tanpa sebarang wi-fi signal. Haha..

Ini adalah antara pemandangan dari balai cerap yang sempat gua rakamkan. Kalau tengok dari puncak bukit balai cerap, memang sangat luas kawasan sekitar kampus UTM. Terasa macam sebuah bandar mini. Macam macam ada: pejabat pos, bank, restoran, stesen teksi, bas, dan macam macam ada.
<-- Kalau kamu nak tengok dengan jelas gambar di sebelah, sila lah klik untuk besarkan. Dapat juga dilihat keutuhan Masjid Sultan Ismail yang gah berdiri di tengah tengah kampus.



Ini pulak lain kisahnya. Gua saja je merakamkan gambar nih. Kalau kamu nak tau, device yang dipegang ini adalah fiber to UTP converter yang dipasang untuk menukar signal fiber kepada UTP. Device nih sebenarnya dah rosak sebab ada dua LED yang tak menyala walau UTP dan fiber dipasang padanya.




<-- Ini pulak device yang gua dan senior gua test kat opis. Berfungsi dengan baik. Semua LED menyala. So, device ini adalah yang bakal diganti dengan device yang rosak.

Nih adalah gambar semasa bro senior gua sedang menyelenggara device tersebut. Kena test dulu samada berfungsi atau tidak. Pelan pelan kayuh beb. Banyak prosedur/langkah langkah untuk menyelesaikan masalah yang simple nih. Hoh, berpeluh gak gua dalam bilik nih sebab takda aircond.





bersambung...

notakaki: gambar gambar di atas sengaja gua rakamkan dengan pengetahuan dan kerelaan bros senior gua. Kredit untuk mereka berdua!




0 ketidak-puasan-hati: