Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Thursday, April 9, 2009

Kenen... usaha murni tapi...

Erm..akibat daripada niat baek seorang member yang ingin melihat aku bahagia - aku memang tengah bahagia pun, sanggup memperkenalkan aku dengan seseorang, maka terjadi sebuah konflik yang membuat aku menjadi sangat bersalah.

Heh, bukan sahaja bersalah kepada yang dikenenkan, tapi juga bersalah pada member aku tersebut. Tidak tahu apa harus aku buat untuk menebus kesalahan aku atau memperbaikinya kerna aku rasa dah terlambat untuk berbuat demikian.

Kekadang, niat kita pun boleh disalah ertikan. Entahlah, aku sendiri tak tahu kenapa aku boleh memasukkan artikel sebegitu tanpa menyedari bakal menyakitkan hati beberapa pihak - sampai menagis lah...

Nak dijelaskan di sini, aku rasa tak elok. Nak bersemuka, ah, memang perkara terakhir aku akan buat andai benar benar memerlukan aku berbuat begitu - sila rujuk di sini

Apa pun, pernah aku ingatkan kepada member aku tersebut, "Tak payahlah nak kenen kenen aku lagi. Aku taknak jadi macm cik perigi tuh. Cukuplah ayat beliao yang memalukan aku walau hanya kamu saja yang diberitahunya," Jadi, usaha murni kawan aku itu mungkin juga tidak disenangi oleh tuan punya badan yang dikenenkan tuh. Kamu pun satu encik, suka suka hati kamu saja.

Walau apa pun, aku nak tegaskan di sini, aku amat amat rasa bersalah dan memohon ampun dan maaf daripada yang terlibat. Harap dapat menerima permohonan maaf daripada aku kerana jika kamu tak memaafkan aku, bagaimana aku hendak mencari kamu di akhirat kelak?


Terima kasih jika sudi memaafkan dan hapuskanlah air mata kamu itu. Tapi, harap kamu jangan terus menangis jika tidak mahu memaafkan kerana aku tak boleh tengok orang perempuan menangis.. harap mengerti...

Terima kasih juga kepada encik yang sudi berusaha nak tengok aku bahagia dan kawen dulu kerana kalau aku kawen dulu, aku kena bagi encik RM500..tak begitu?

pengkaki: arrrggghhh...ingatkan dah selesai kes dulu dan takkan ada yang menangis lagi. Rupanya ada jugak!!! aaarrrrggghhhh....Maliha, kembalilah!!!!



0 ketidak-puasan-hati: