Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Wednesday, April 15, 2009

GYM - Mari bersukan

Hah...setelah setengah tahun aku mengelilingi sekitar kampus, barulah hari ini aku berjaya menjejakkan kaki aku yang wangi ke dalam sebuah GYM! Yeah, aku sangat teruja ketika melangkah masuk.

Hah, memang dah lama aku teringin nak masuk ke dalam GYM dan at last, my dream comes true. Yeah, babeh...Dan bila dah masuk ke dalam GYM, aktiviti laghah mestilah dilakukan dan aktiviti aku tersebut merangkumi semua peralatan yang wujud di GYM tersebut.

Pertama sekali, mestilah aku menunggang sebuah basikal bodoh di mana basikal tersebut hanyalah boleh dikayuh walau selaju mana pon mengikut kemahuan kamu tapi masih tetap kekal di situ sahaja dan tidak bergerak walau seinci. Hahaha...sangat awesome.

Setelah otot biseps dan triseps kaki (aku tak tahulah istilahnya) aku terasa menegang, maka aktiviti seterusnya ialah bermain dengan Dumbell (loceng dungu). Yeah, semuanya aku guna. Tidak terkecuali langsung peralatan yang ada di situ. Aku sendiri pun tak tahu apa kejadah nama peralatan di situ. Kalau kamu kamu biasa masuk GYM, silalah beritahu aku apakah nama nama peralatan yang wujud di situ.


Dan di ketika aku menaip artikel ini, segala otot otot lengan aku sedang bekerja keras menegang yang membuatkan tangan aku mengigil. Arrgghhh...aku perlu refill energy aku. Yeah, aku nak pegi keluar makan sekarang.

Selamat menjamu selera buat kamu yang sedang makan sambil membaca artikel aku ini.


Chow~

notakaki: kalau selama setahun aku kekalkan aktiviti ini, pasti John Cena akan melutot pada aku dan menyerahkan kejuaraan gusti dunia beliau kepada aku! Haha..



0 ketidak-puasan-hati: