Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Thursday, April 23, 2009

Diskriminasi

"Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
Dan aku, ku layu
Disitu.."


Bunkface - Situasi


Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia. [read more...]

Ya, gua telah didiskriminasi. Dalam pengurusan di tempat gua bekerja, rasanya memang dah wujud diskriminasi ni.

Gua dah bertugas hampir 8 bulan. Apa yang mengecewakan gua, data data personal gua masih lagi tidak dikemaskini 100%!! Entah apa apa! Sebagai salah sebuah pengurusan kerajaan, pihak pengurusan sepatutnya lebih peka tentang perkara ini. Ah, apa nak jadi?

Diskriminasi ni gua rasa didalangi oleh mereka mereka bertaraf pegawai dalam gred 41. Ya, kerana mereka adalah administrator dalam pengemaskinian sebarang data data staf. Bayangkan, gua telah menyertai organisasi selama hampir lapan bulan namun data gua langsung tidak dikemaskini dengan baik. Tapi, terdapat 4 orang staf baru yang baru menyertai organisasi, telah dikemaskini data data mereka. Untuk rekod, 4 orang tersebut adalah gred 29. Ah, bukan gua tak setaraf dengan mereka!

Kalau diikutkan kelayakan, gua memang setaraf dan sangat layak memikul jawatan dalam gred 29, tapi gua tetap bekerja dalam kumpulan C. Ciss...ini membuatkan naluri gua untuk further study sungguh tinggi untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka!!!

Inilah DISKRIMINASI! Layanan yang tidak adil sesama manusia! Berkira pangkat dan darjat! Kalau gua dan senior senior gua tak ada, tak jalanlah kerja kerja kamu semua. Sibuk pulak nanti asyik telepon mengadu network down. Tapi tak pandai nak jaga hati gua plak tuh! Siot..nanti korang, gua down kan network koranG!


notakaki: ingat gua heran ke gred kamu???? gua pun layak jugak, tapi saja je nak mula dari bawah!



0 ketidak-puasan-hati: