Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Sunday, April 19, 2009

Blog oh blog 1

Aku ronda ronda sekitar blog budak budak. Macam macam cerita. Sangat lawak. Sangat kelakar. Tapi tak pulak sangat sedih.

Macam macam coretan. Macam macam ketidakpuasan hatian. Ah, apa apa saja. Tapi, terkadang, bila tersinggah blog blog tak tentu hala, terjumpa/terbaca/ternampak posting bergambar. Gambar apa? Macam macam. Hoh..aku tak paham! Bertudung. Tapi bercium? Suami isteri? Mungkin...

Kalau bukan? Ah, dosa sudah! Kamu kamu nih tak takut ke neraka yang semakin marak apinya? Sempat nak bertaubat? Bukanlah aku seorang yang alim warak. Tapi, kesian juga pada kamu. Terang terang kamu berlaku dosa. Apa nak jadi?

Salah siapa? Mak-abah? Atok-opah? Kawan kawan? Ke kamu sendiri? Syok dengan duniawi. Ewah kaklong. Hidup nih kejap je. Bila mati pun tak tentu. Entah entah kejap lagi. Harap kaklong bertaubat. Abanglong pon sama juga. Jaga sikit bibir tuh. Selalu je terlepas pegi pipi lah, dahi lah..

Ok...nak meronda lagi. Kejap lagi aku update!


notakaki: gua terasa nak bercium dgn pompuan, tapi lepas gua goncang tangan tok kadi la kot.. bila? TUNGGGUUUU....


0 ketidak-puasan-hati: