Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Sunday, April 19, 2009

Alam Ghaib

Gua suka tentang alam ghaib. Apa maksud gua? Yeah, gua suka bila tgk komunikasi antara manusia dgn jin.

Jumaat lepas, gua telah mendownload sebuah dokumentari yang selalu disiarkan di Astro Prima tentang perihal mistik dan ghaib nih. Gua tak berpeluang menonton sehinggalah malam tadi sebelum berkaraoke - tgk separuh je, balek dari karaoke tgk sampai habis.

Gua sangat kagum dengan tuan ustaz yang menjadi pengubat. Gua juga seram sejuk jugak bila tgk jin tu berinteraksi dengan pak ustaz. Ustaz tersebut sangat awesome dan cool. Rilek sudah. Sambil baca ayat ayat al-Quran, pak ustaz nego dgn jin. Wah, kagum. Jin tersebut sangat degil. End of story, pak ustaz terpaksa sembelih si jin sebab degil sangat, disuruh keluar masih tak mahu walau telah diazan sebanyak tiga kali.

Akhirnya, dengan izin ALLAH, si jin disembelih. Matilah ia. Tu la, disuruh keluar, tak mau! Dah bagi peluang. Kan mati! - dengan izin ALLAH ye, pak ustaz tadi bukanlah seorang penyembelih jin!

Rumusannya, aku sangat suka mengambil tahu tentang perihal dunia ghaib. Sangat syok. Kalau aku berkenalan dengan orang yang bisa melihat/berinteraksi dengan dunia ghaib, aku nak berkawan dengan beliau. Tapi, aku suka berkawan dengan beliau hanya di siang hari. Kalau di malam hari, wah...meremang bulu tengkok saya!

notakaki: ayat al-Quran penyembuh segalanya dengan izin ALLAH!


0 ketidak-puasan-hati: